Prolog

295 25 3
                                    

Di sebuah kerajaan nun jauh di tenggara dunia, wujud sebuah kerajaan berdiri megah, bergelar Nuriah.

Dataran tanah yang subur dengan hasil tanaman dan kuasa sakti.

Nyanyian burung yang terbang menghiasi langit Nuriah mampu didengari di mana mana, mengejutkan para rakyat untuk memulakan hari mereka yang baharu.

Buka sahaja tingkap bilik tidur mereka, mampu dilihat jalanan perkampungan Nuriah yang mulai dilauti oleh penduduk yang mulai pergi untuk memulakan pekerjaan mereka.

Kita sekarang berada di salah satu kampung di Nuriah, bernama Bahari. Perkampungan yang padat tetapi aman dan harmoni.

Di tingkap salah satu penduduk kampung itu, mampu dilihat seorang gadis yang sedang meregangkan badannya kerana baru bangkit dari mimpi indahnya.

"Ergh...."

Walaupun baru sahaja harinya dimulai, tetapi wajahnya tidak kelihatan gembira sama sekali.

Kerana dia masih tidak mempunyai pekerjaan, walaupun usianya sudah mengjangkau 20-an.

Bukan dia tidak pernah mengcuba untuk mencari pekerjaan sebelum ini, tetapi setiap pekerjaan yang dia cuba lakukan, selalu tidak berhasil.

Terutamanya bila pekerjaan itu memerlukannya untuk melayan pembeli. Kerana setiap pembeli memiliki ragamnya tersendiri. Dan sekiranya dia kena hadap pembeli yang banyak songeh dan rasa dirinya sahaja yang betul, dia akan hilang kawalan pada emosinya sendiri, dan memarahi pelanggannya, sehingga dirinya dipecat oleh pengurusnya.

Gadis itu pun mula berjalan ke arah dapur rumahnya, dan keluar melalui pintu dapur, dan menuju ke bilik mandi untuk bersedia mencari pekerjaan baru lagi.

.
.
.
.
.
.

Berpindah situasi, kita terbang ke kampung sebelah, bergelar Pawitera.

Kelihatan seorang jejaka yang sedang mencuci bajunya di sebatang sungai yang jernih di hulu kampung itu.

Setelah dibasuh, kemudian digantung pada dahan pokok untuk disidai. Angin yang bertiup sepoi sepoi bahasa sedikit mampu membantu mempercepatkan lagi pengeringan pakaiannya.

Jejaka itu kelihatan memiliki sebuah beg besar bersamanya, dan sebatang kapak. Dirinya sebenarnya mahu melakukan perjalanan panjang, menuju ke kampung dan kampung lain untuk mencari pekerjaan.

"Ok! Selepas baju baju ni kering, saya dah boleh mulakan perjalanan!"

Jejaka itu kemudian memeriksa semula barang barangan yang ada di dalam begnya, melihat sekiranya ada yang tertinggal.

Ibu jejaka itu sendiri yang menyuruhnya untuk berhijrah ke mana mana tempat di dalam kerajaan mereka itu, kerana katanya, masih banyak pekerjaan yang mengagumkan  di luar sana yang dia boleh jelajahi, dan mungkin cari jodoh juga(uhuk-) dan bawa balik dirinya menantu.

Memang jejaka itu sedikit kekok mendengar bahagian kedua kata kata ibunya itu, tetapi dia masih mahu pergi, dan jelajah benda baharu yang dia mampu lihat dan terokai di luar kampung halamannya.

Setelah pakaiannya kering, jejaka itu pun memulakan perjalanannya.

.
.
.
.
.
.

Berpindah ke selatan daripada kampung Pawitera, terlihat perkampungan sedikit terpencil daripada yang lain, bergelar Sabitah.

Setiap rumah penduduk terletak sedikit jauh daripada satu sama lain, membuatkan kehidupan mereka sedikit sunyi akibat jarang bertegur sapa antara satu sama yang lain.

Di salah satu rumah penduduk di sana, kelihatan seorang gadis yang sedang mengangkat dua bakul berisi sayur sayuran hasil tanaman keluarganya, yang dia ingin bawa untuk dijual.

Royal's Bodyguard (Boboiboy Fanfiction)Where stories live. Discover now