01

4.9K 143 4
                                    

Nama aku Aleeya Naira. Aku hanya seorang gadis biasa dan hidup dalam keadaan yang miskin tinggal yang di kampung bersama ibu dan seorang adik lelaki.

Walaupun kehidupan aku tidak kaya seperti orang lain namun aku masih bersyukur kerana masih mempunyai tempat untuk berlindung.

Ayah?

Entah lah. Aku langsung tidak mengenali siapa ayah kandung aku. Ibu kata , ayah sudah lama meninggalkan aku dan Niyaz sewaktu kami masih lagi kecil. Ibu lah ayah , ibu juga lah ibu. Semuanya ibu yang buat sendiri untuk besarkan aku dan Niyaz.

Aku mempunyai seorang adik lelaki iaitu Niyaz Qawiem , yang kini sudah berumur 20 tahun.

Selepas Niyaz tamat spm , Niyaz mendapat tawaran untuk sambung belajar ke luar negara. Aku bangga dengan pencapaian Niyaz.

Tidak seperti aku. Aku hanya belajar sehingga tingkatan empat kemudian berhenti sekolah. SPM pun aku tidak sempat untuk ambil kerana masalah kewangan dan ibu tak mampu nak bayar yuran sekolah.

Selepas aku berhenti sekolah , aku membuat kerja sambilan untuk mendapatkan duit. Sedikit sebanyak aku mampu mengurangkan beban ibu.

Dengan duit itu juga , Niyaz dapat menghabiskan pelajarannya sehingga dia selesai menduduki SPM.

Kalau boleh , aku nak Niyaz belajar bersungguh-sungguh. Aku tak nak Niyaz ikut jejak dan jadi macam aku.

Sejak Niyaz berada di luar negara , dia masih belum mengetahui keadaan ibu yang sudah lama meninggal dunia akibat terlibat dalam kemalangan langgar lari.

Hingga ke hari ini , polis masih gagal menemui pelaku tersebut. Dan serta merta kes itu ditutup akibat kekurangan bukti yang kukuh dan pelaku masih lagi bebas di luar sana.

Hari ini merupakan hari kepulangan Niyaz dari luar negara.

Tepat jam tiga petang , Niyaz tiba di perkarangan rumah. Laguagge di bawa keluar dari bonet teksi.

"Nah pakcik. Yang lebih ni saya sedekahkan untuk pakcik ya. Terima kasih." Ucap Niyaz sambil menghulurkan duit bernilai RM 100 ringgit kepada pemandu teksi tersebut.

"Alhamdulillah. Terima kasih ya nak."

Niyaz mengangguk.

Sebaik sahaja teksi itu hilang dari penglihatan , Niyaz berjalan menuju ke rumah.

Suasana tenang yang sangat dia rindui.

"Assalamualaikum akak , ibu!! Niyaz dah balik!!" Jerit Niyaz dengan kuat.

Berharap kepulangannya disambut oleh kakak dan ibunya. Namun hanya kelibat Aleeya sahaja yang kelihatan.

"Waalaikumsalam. Niyaz!! Ya Allah rindunya akak dekat Niyaz!!" Ujar Aleeya dengan perasaan rindu yang menebal.

Hampir tiga tahun tidak bertemu , akhirnya penantian menjadi kenyataan.

"Ibu mana akak? Ibu tak nak sambut ke anak teruna dia ni balik?"

Pergerakan aku serta merta terhenti. Macam mana aku nak bagitahu Niyaz yang ibu sudah tiada?

Tengku Aryan : His Priority (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now