Malam tak hujan, bulan tak datang,
Umpama lembaga menjadi tetamu,
Gadis berjubah hitam di rumah agam,
Itik-itik menuang teh,
Teh liar menumpah ke seluruh pelusuk,
Lebih liar dari Aminah yang pakai susuk,
Aku seorang gadis yang banyak mulut,
Entahlah malam ini dahiku ada tulisan bisu,
Mana teman-temanku?
Bukankah mereka patut menghadirkan diri?
Gadis berjubah hitam ini kesunyian,
Rumah agam ini tidak mengalu-alukan,
Purnama putih dan kelip-kelip di layar hitam,
Mereka hanyalah teman yang abstrak.
ВИ ЧИТАЄТЕ
Puisi ح
ПоезіяMelayu: Ini adalah mahakarya puisiku yang mempunyai pelbagai perspektif tersendiri. Bacalah jika kamu mahu, menyembaralah dalam imaginasi kerana hanya kita yang paling memahami. English: Hi my different reader, my second book of poem is ready to bre...