Bertenanglah Gadis Sedu

10 2 1
                                    

Wahai tumbuhan kesuma dan angin majnun
Mari ke sini aku perkenalkan kepada kalian
Seorang gadis manis anak kepada seorang bapa
Mudah berahi jatuh hati pada laki-laki
Namun gadis ini tetap berjati..
Menjahit hati untuk tidak berputus asa
Kerana dia pasti akan ada arjuna yang bakal berdiri disebelahnya di mahligai pelamin nanti.

Menyebut kepada gadis sedu itu,
Ketahuilah kamu sentiasa di dalam pangkuan sahabat
Tak mengapa jika madukara tidak menghinggap
Kamu tetap bunga setanding kanigara
Usahlah menakung kolam —
Atau kerap mencelup baldi di dalam perigi
Aku yakin kamu adalah apsari yang kuat
Dan aku yakin pilihan kamu itu cukup kuata
Berlapanglah wahai teman!
Semua akan berjalan lancar.

Puisi حWhere stories live. Discover now