Bila kali terakhir kamu melihat bintang-mintang?
Pulang lewat dikala layar sudah hitam:
Titik noktah putih di atas tawang,
Traumaku mula tersinggung,
Aku mendongak, membaca perenggan hidup,
Terkilan terlalu lalai dengan biskut-biskut dunia,
Hari-hari.. — Pagi-pagi..
Tulang rusuk bekerja demi suapan harta,
Keluhan berat dalam kenderaan bergerak ketika di atas jalan raya,
Menyoal jika boleh bersila, bersantai di atas sana.
YOU ARE READING
Puisi ح
PoetryMelayu: Ini adalah mahakarya puisiku yang mempunyai pelbagai perspektif tersendiri. Bacalah jika kamu mahu, menyembaralah dalam imaginasi kerana hanya kita yang paling memahami. English: Hi my different reader, my second book of poem is ready to bre...