Aku ingatkan aku ketemu kau tadi
Rupa-rupanya aku tidak...
Aku sangkakan kita ini adalah sesuatu
Sama-sama membina kita punya kubu
Kalaulah ini bukan realiti pasti akan berlaku.Adakah ini petanda tiada ikatan?
— Bahkan suatu hari...
Berita kau bersama wanita baru
Alangkah manisnya jika pilihan itu adalah aku
Direstui keluarga dan diraih sepupu.Lampu dinding rumah yang malap -
Loceng berkarat di pintu coklat
Aku si tiang yang berangan kau di muka pintu
Mengharapkan aku ini yang kau butuh
Menjadi tangan yang membelaiku ketika kita sudah bersatu.
YOU ARE READING
Puisi ح
PoetryMelayu: Ini adalah mahakarya puisiku yang mempunyai pelbagai perspektif tersendiri. Bacalah jika kamu mahu, menyembaralah dalam imaginasi kerana hanya kita yang paling memahami. English: Hi my different reader, my second book of poem is ready to bre...