Bab 14

8.3K 358 22
                                    

Disebabkan majlis akad nikah mereka dilakukan secara mengejut, petang itu Hayl dan Haura sudah ingin bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Mummy dan daddy Hayl juga telah pulang terlebih dahulu. Hayl tidak boleh cuti terlalu lama kerana banyak urusan syarikat yang tertunggak, sudahlah dia dan Haura cuti mengejut selama beberapa hari ni.

Haura melangkah ke arah Hayl yang sedang bersandar di kereta Lamborgini Hurucan Spyder miliknya. Lelaki itu nampak tampan sekali dengan gaya kedua-dua belah tangan memeluk tubuh sambil merenung ke arah Haura.

Takut-takut Haura hendak memulakan bicara. Apa taknya  hari ini lelaki itu tiba-tiba saja telah berubah status menjadi suaminya. Apa saja yang dilakukannya kini perlu meminta kebenaran suaminya.

"Ermm... Hayl saya ada perkara nak bincang dengan awak sebelum kita balik Kuala Lumpur." Perlahan nada suara Haura memulakan bicara.

"Apa dia?" Soal Hayl ringkas.

"Kalau boleh saya...saya..."

"Apa dia Haura cakap terus boleh tak, sejak bila kau jadi gagap macam tertelan biji rambutan ni?" Soal Hayl yang tak sabar nak dengar Haura menghabiskan ayatnya.

"Mr.mulut celupar ni kan. Dah kahwin pun mulut awak tu tetap celupar bila cakap dengan saya kan. Cubalah cakap elok-elok sikit dengan isteri." Bebel Haura.

"Okey...okey sayangku Haura, awak nak bincang apa sayang." Kata Hayl sambil tersenyum nakal mengusik.

Merona merah muka Haura apabila diusik begitu. Tiba-tiba dipanggil sayang rasa canggung pula.

"Kalau boleh, saya nak minta izin tinggal sementara di rumah sewa saya. Dalam sebulan dua macam tu."

Mati terus senyuman Hayl tadi, dia memicit pelipisnya dan melepaskan keluhan kecil.

"Kenapa?"

"Kenapa, apa?" Soal Haura kembali. Soalan dibalas soalan.

"Kenapa apa, kau tanya aku balik. Aku tanya kenapa kau nak duduk asing. Haura kau sekarang isteri aku. Tempat isteri patutnya disisi suami. Takkan benda basic macam ni pun aku nak kena explain pada kau." Kata Hayl sambil matanya tajam merenung wajah Haura.

"Saya tahu memang tempat isteri patutnya disisi suami. Sebab tu la saya minta kebenaran awak sekarang ni. Tolonglah faham Hayl. Semua ni berlaku tiba-tiba, dari kejadian malam tu sampai ke pernikahan kita.
Saya perlukan masa untuk terima semua ni, perlukan masa juga untuk beritahu housemate saya Medina tentang kita. Selain tu saya perlukan masa untuk beritahu rakan-rakan sepejabat yang majlis saya dan Zach tak kan pernah terjadi. Macam-macam perkara saya nak kena fikir Hayl." Terang Haura dengan nada yang lirih dan sebak. Ada sedikit getaran di suaranya.

Jujurnya walaupun Haura kelihatan okey di depan orang ramai, namun mentalnya tidak okey. Dia perlukan masa untuk terima semua kejadian yang berlaku. Dia perlukan masa untuk sendiri.

Hayl merenung lama wajah Haura yang sedang menunduk itu. Dia tahu Haura pasti tertekan dengan semua yang jadi secara tiba-tiba. Macam dirinya sendiri yang sekelip mata bertukar status menjadi suami orang. Walaupun berat hatinya untul bersetuju, namun Hayl perlu bertimbang rasa dan memberi ruang kepada Haura.

"Baiklah aku setuju. Tapi ingat sementara je kau duduk rumah sewa kau tu. Lepas sebulan kau kena duduk dengan aku. Lagi satu if anything happen please let me know sebab aku ni suami kau. Ingat tu? Nah ambil kad kredit aku, gunalah kalau kau nak beli apa-apa"

Kata Hayl, matanya masih lagi memandang muka Haura. Sambil dihulurkan dua card credit iaitu black card dan gold card miliknya pada Haura.

"Terima kasih Hayl. Tapi tak perlu card ni saya boleh pakai duit saya sendiri." Haura mendongak kepalanya memandang suaminya yang jauh lebih tinggi darinya. Bibirnya mengukirkan senyuman lebar.

Hayl untuk Haura [Ebook And Novel Fizikal]Where stories live. Discover now