Bab 3

9.4K 355 30
                                    

Syira dan pasangannya bagai pinang dibelah dua bersanding di atas pelamin dengan memakai busana songket bewarna emerald green. Sama cantik dan sama padan, kedua mempelai itu tersenyum manis di hari bahagia mereka, terpamer wajah kebahagiaan pada riak wajah mereka. Selesai saja majlis akad nikah pada pagi hari, terus bersambung dengan majlis resepsi sebelah pengantin perempuan.

Haura berdiri disebelah Syira mengambil tugas sebagai pengapit pada hari ini. Bibirnya dipaksa melorek senyuman, ikutkan hati dia tidak mahu berdiri di situ menjadi pengapit. Tak mahu dia bertentang mata dengan mamat belagak yang telah bergaduh dengannya semalam.

Sesekali matanya mencuri pandang dan menjeling lelaki yang menjadi pengapit pengantin lelaki. Lelaki itu memakai baju melayu bewarna hijau muda sedondon dengannya. Ishh, kenapa mesti dia jugak jadi pengapit harini, dah la baju warna sedondon sama. Tak suka, tak suka!

Memang Syira telah memberi kain bewarna hijau muda ini padanya sejak awal lagi. Syira menyuruh dia tempah baju menggunakan kain tersebut memandangkan dia sudah di cop sebagai pengapit Syira. Kata Syira pengapit pengantin lelaki adalah sepupunya yang masih berada di New York. Tapi abang Shahrul dah menempah baju untuk sepupunya itu, memandangkan abang Shahrul selalu contact dengan sepupunya jadi dia tahu saiz baju lelaki tersebut. Tak sangka pula sepupu yang dimaksudkan Syira tu adalah lelaki yang bergaduh dengannya semalam.

Dilihat, lelaki tersebut mengukir senyuman nipis sepanjang menjadi pengapit. Manis pula senyuman tu. Pandai pula kau berlakon ya! senyum manis bak bidadara kayangan konon, padahal semalam mulut celupar mengalahkan setan. Panas pula hatinya melihat lelaki itu apabila teringatkan insiden semalam.

Selesai upacara bersanding. Mereka mengiringi pengantin ke meja makan. Haura duduk mengambil tempat disebelah syira manakala Hayl mengambil tempat di tepi Naim suami Syira. Sedikit sahaja Syira dan Naim makan. Tak pastilah sebab malu- malu menjadi raja sehari ataupun kerana sibuk hendak melayan tetamu, padahal hidangan lauk pauk di meja pengantin extra special kot semuanya sedap.

Syira dan Naim memberitahu Haura dan Hayl untuk beredar dulu. Mereka ingin melayan tetamu-tetamu jemputan yang hadir ke majlis mereka. Haura yang masih belum selesai makan masih lagi menyuapkan nasi ke dalam mulut. Kini jarak dia dengan Hayl cuma dipisahkan antara dua kerusi pengantin yang telah kosong di meja makan. Haura menyambung makan, sedap kot lauk di meja pengantin alang-alang jadi pengapit duduk semeja dengan pengantin merasalah makan lauk extra special.

"Hai isteri! Sedap sangat ke nasi kenduri tu."

Uhuk!!
Tersedak Haura. Tiba-tiba ada orang memanggilnya dengan gelaran isteri. Dia menoleh ke sebelah. Hayl telah mengambil tempat betul-betul disebelahnya. Jarak mereka memang dekat.

Badan lelaki itu menghadapnya, sebelah tangannya kelihatan di letakkan di atas meja bagi menampung kepalanya yang senget memandang ke arah Haura. Lelaki itu tersenyum manis menatap Haura.

Dah kenapa mamat belagak ni. Semalam bukan main garang, harini tersengih macam muka kerang busuk. Kena sampuk hantu ke ke apa dia ni. Seram pula Haura bila ditenung lama begitu.

"Isteri? Siapa isteri kau?" Soal Haura.

"Kau lah isteri aku."

"Bila masa aku jadi isteri kau."

Sakit tekak Haura akibat tersedak tadi. Pantas dia meneguk air sirapnya.

"Kau tak ingat ke dulu masa kecik-kecik. Kau main kahwin-kahwin dengan aku. Kau kena ingat aku belum ceraikan kau lagi tau, jadi kau masih isteri aku dan aku tak bercadang pun untuk lepaskan kau." Hayl tersenyum nakal sambil mengenyit matanya pada Haura.

Burrrr. Tersembur air sirap yang diminum Haura ke muka Hayl. Merona merah mukanya menahan malu. Malu diusik begitu satu hal. Malu akibat tersembur air ke muka Hayl pun satu hal lagi.

Hayl untuk Haura [Ebook And Novel Fizikal]Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ