Bab 8

7.6K 316 8
                                    

Haura merenung buku nota di tangannya. Dia membuat kira-kira bajet untuk bulan ini. Memang setiap kali dapat gaji Haura akan membuat kira-kira belanjawan bagi menguruskan kewangannya. Kalau tak plan bajet bulanan nanti ada pulak yang makan mee segera je hujung bulan. Jika diikutkan gajinya sebagai arkitek mencecah lima ribu ringgit sebulan.

Dia membuka aplikasi bank harimau. Pantas tangan dia menekan detail di aplikasi itu. Dia transfer rm2500 ke dalam akaun bank milik Mak Cik Syahida. Dengan duit baki yang ada itulah Haura membayar sewa rumah, ansuran bulanan kereta, dan keperluan hariannya. Sedikit daripada gajinya akan di masukkan ke bahagian simpanan.

Jika diikutkan, Haura datang dari keluarga yang sederhana. Bukan dari keluarga miskin, dan bukan juga dari keluarga yang terlampau mewah. Ayahnya sendiri mampu menyediakan keperluan harian buat keluarganya. Tetapi disebabkan Mak Cik Syahida memberikan arahan supaya Haura memasukkan duit ke dalam accountnya, Haura hanya akur. Kata Puan Syahida, Haura perlu membalas budi ayahnya, Haura juga perlu membantu mereka untuk tanggung kos pembelajaran Shasha. Oleh itu, separuh daripada gaji Haura akan diberikan kepada mereka setiap bulan.

Shasha agak boros orangnya, dia selalu meminta wang tambahan dari Puan Syahida, ada saja alasannya bila meminta wang. Berbeza dengan Haura, semasa dia menyambung pengajian dulu, dia bekerja part time untuk mencari duit lebih. Namun Haura bersyukur disebabkan dia mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan awal penggal maka dia mendapat biasiswa penuh dari universiti. Jika tidak dulu pasti dia lebih struggle hendak mencari wang buat menampung yuran pengajiannya memandangkan ketika itu ayahnya hanya memberi sedikit duit pada setiap bulan.

Jika difikirkan balik memang sangat berbeza layanan yang diberikan kepada Haura berbanding dengan Suria dan Shasha. Dari kecil Suria dan Shasha dilebihkan dalam segala hal. Tidak seperti dirinya dilayan tidak ubah seperti seorang anak pungut. Kadangkala dia terfikir betul ke dia anak kandung ayahnya. Dia pernah merenung lama sijil lahirnya, namun disitu memang tertulis namanya berbintikan ayahya bukan orang lain. Tapi kenapa ayah melayannya seperti orang asing.

Baamm!! Bunyi kuat hempasan kertas tebal di atas meja kerja Hayl

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Baamm!! Bunyi kuat hempasan kertas tebal di atas meja kerja Hayl. Hayl tersenyum sinis apabila melihat wajah Haura yang mencuka memandang ke arahnya. Muka Haura kelihatan begitu marah. Umpama jika boleh ditelan, Hayl pasti sudah ditelan oleh gadis itu.

"Kau dah kenapa nak hempas-hempas kertas ni atas meja aku."

"Kertas tu saya dah siap susun dah stapler." Jawab Haura dengan nada menahan geram.

"Aku tahulah kau dah siap susun dan stapler. Tapi bukan tu jawapan pada soalan aku tadi. Aku tanya kau dah kenapa hempas kertas tu kuat atas meja aku."

"Boss tanya saya kenapa, boss tu yang dah kenapa."

"Apa, aku dah buat apa?"

"Boss dah buat apa? boss tanya saya? Yang boss suruh saya photostate kertas kerja untuk meeting esok tu apa. Lepas tu siap suruh saya susun dan stapler semua kertas ni dalam bilik boss. You know this is not my job scope. Kat office ni kita kan ada Raudah yang selalu settlekan bahagian ni."

Hayl untuk Haura [Ebook And Novel Fizikal]Where stories live. Discover now