bab 2

10.7K 398 10
                                    

Matanya merenung tangan sahabatnya. Lincah tangan perempuan dihadapannya ini melukis inai di jari Syira. Berseri muka Syira ditambah lagi dengan busana kebarung bewarna peach style zaman klasik tapi tetap nampak mewah dengan hiasan manik di pergelangan tangan dan bawah baju. Di kepala ditutup dengan kain yang digayakan seperti selendang zaman dulu-dulu. Alahai berseri betul ala-ala tuan puteri zaman klasik.

Dia pula mengenakan baju kurung moden bewarna kuning diraja dan tudung bewarna kuning cair. Haruslah dia pun kena pakai ayu sikit kerana sudah pasti ada sesi bergambar memandangkan dia sahabat karib bakal pengantin merangkap bakal pengapit pengantin untuk majlis esok secara tak lansung gambar dia mesti banyak terselit disitu.

"Berserinya alahai kawan aku ni. Macam tak percaya Syira dah nak kahwin. Tak lama lagi kau pulak Haura. Aku ni je still single mingle lagi ni hah. Hai manalah prince charming aku ni. Salah alamat kot sampai la ni tak muncul-muncul dalam hidup aku?" Sambil jari dihalakan kemukanya sendiri Nureen mencebikkan bibirnya.

Terburai tawa Syira dan Haura dengan reaksi muka Nureen. Ada je gurauan si Nureen ni. Sahabat mereka yang gila-gila perangainya dari dulu tetapi cukup menghiburkan.

"Kau tu cantik bukan tak ada yang nak, dari dulu dah beratur orang yang nak kan kau. Kau tu memilih sangat usik Haura sambil menyiku lengan Nureen.

"Ish, bukan aku tak nak la. Tapi yang datang tu tak menepati standart piawaian aku nak. Nak buat macam mana. Kahwin tu urusan seumur hidup, tak kan kau nak aku tangkap muat je pilih calon kan?" Nureen menunjukkan riak muka lawak sambil menjulingkan matanya ke atas.

"Suka sangat kan buat juling mata macam tu, nanti juling betul-betul tak dan nak muncul depan mata kau lari terus prince charming kau tu nanti. Tak kahwin la kau sampai ke tua. Kau nak?"

"Eiii, janganlah Syira mulut kau ni kan. Tak ada insuran tau. Nasib kau nak kawen esok, kalau tak aku tenyeh wasabi biar bengkak mulut kau tu, baru sexy bibir kau ala Angelina juling." Jawapan Nureen mengundang tawa sakan semua yang berada di sekitar situ.

"Sudah-sudahlah anak dara sekalian ketawa kuat-kuat. Malu nanti orang tengok tau. Ni Haura dan Nureen dah makan ke belum? Dari tadi aunty nampak korang berdua sakan jadi penunggu setia sebelah Syira ni hah. Entah-entah belum makan lagikan?" Puan Amira mama kepada Syira tersenyum manis dan berjalan ke arah Syira, kelihatan inai di tangan Syira sudah siap dilukis.

"Belum aunty tadi ramai orang beratur di luar tu ambil makanan. Biar reda sikit orang diluar yang tengah jamu selera baru kami nak pergi ambil makanan." Haura menjawab ringkas.

"Aunty tengok kat luar dah tak ada orang beratur nak ambil makanan, ini pun tetamu ramai yang dah balik lepas majlis khatam al quran tadi. Haura dan Nureen cepat pergi makan dulu."

"Jom Haura. Aku pun dah lapar ni. Kejap lagi kalau perut aku on button menyanyi, berbunyi tak berhenti malu pulak aku orang dengar nanti." Ajak Nureen sambil menarik tangan Haura yang sedang duduk itu bangun mengikutinya.

Haura dan Nureen berjalan keluar dari rumah banglo dua tingkat itu, kaki mereka melangkah ke khemah yang menempatkan buffet makanan. Laman luas banglo itu terpasang beberapa khemah yang menempatkan kerusi meja untuk jamuan makan majlis kenduri kahwin esok.

Tak ramai dah tetamu yang ada, memandangkan majlis khatam al quran sudah selesai hanya tinggal sesi pengantin berinai sahaja. Oleh sebab itu, ramai tetamu telah beransur pulang.

Nureen terlebih dahulu mencapai pinggan meletakkan nasi dan memilih lauk di hadapannya. Haura juga mengikuti Nureen, dia mencapai tisu dan kemudian mengambil pinggan. Nasi diletakkan ke dalam pinggan, dia letakkan kuah kari daging diatas nasi,ditambah pula sayur serta ayam masak merah. Sedang dia nak beredar dari situ untuk mengambil air minuman. Hujung baju kurung modennya ditarik oleh tangan kecil.

Hayl untuk Haura [Ebook And Novel Fizikal]Where stories live. Discover now