P R O L O G

346 31 1
                                    

RAMBUT paras pinggang diikat kemas dan rapi. Bibir melorek senyuman lebar melihat penampilan diri sendiri di hadapan cermin.

TOK! TOK!

"Kalisha, lama lagi ke nak bersiap tu? Abang Kash dah tunggu lama kat bawah tu!" Suara disebalik pintu itu menyentakkan Kalisha.

"Ya, Umi. Isha dah siap!" Serunya. Laju tangan mencapai beg tangan dan telefon pintar miliknya sebelum pintu bilik di tuju.

"Hah, keluar pun anak umi ni. Ingatkan dah memang nak bertapa dalam bilik tu." Kalisha mencebik kecil sebelum tersenyum sumbing. Lengan umi ditaut sebelum pipi umi menjadi mangsa kucupan bibir merahnya.

"Ish, budak ni! Dah pergi sana. Abang kamu dah membebel kat bawah tu." Kalisha ketawa kecil.

"Abang Kash ni pun satu. Kena fahamlah, kita ni perempuan lambat sikit nak bersiap. Bukan macam lelaki."

"Aku dengar tu, Isha! Kalau setengah jam tak apa. Ni dah sejam setengah kau buat abang tunggu kat bawah ni." Kalisha memutarkan bola matanya. Umi sekadar menggelengkan kepala. Sudah biasa mendengar dua beradik itu beradu mulut.

"Muncung lagi bibir tu. Dah boleh jadi penyidai baju dah!" Sambung Kash melihat tingkah adik kesayangannya itu.

"Umi, tengok abang tu! Adakah patut Isha yang cantik ni disamakan dengan penyidai! Ish, benci!"

"Dah, dah. Ni kalau nak beradu mulut tak habis ni. Jadi ikan masinlah kawan abang tu tunggu kat airport."

"Yelah, umi. Isha gerak dulu, assalamualaikum." Lengan si abang dirangkul kuat. Tidak peduli dengan jelingan tajam milik Kash, Kalisha selamba menayangkan senyuman menampakkan gigi putihnya yang tersusun cantik.

"Hati-hati bawak kereta tu, Kash. Isha, jangan nakal-nakal. Waalaikumussalam."





********






Suasana lapangan terbang yang tidak terlalu sesak itu memudahkan pergerakan Kash dan Kalisha. Mata Kash meliar-liar mencari satu susuk tubuh sahabat baiknya.

"Abang, mana kawan abang ni? Cakap tadi dah sampai." Kash menoleh kearah Kalisha.

"Itulah. Entahlah mana si Ayden ni." Baru saja jari mahu menekan button call, terasa bahunya disentuh.

"Kash." Sapa satu suara husky. Kalisha menoleh kearah jejaka yang ada dibelakang si abang. Seketika, nafasnya tertahan.

"Bro! Baru aku nak call kau." Lebar senyuman Kash melihat sahabat baiknya itu.

"Sorry, tadi aku merayau lagi kat sini. Kan dah lama tak balik Malaysia." Kash angguk sekadar mengiyakan. Mata Kash terarah pada Kalisha yang sedari tadi menunduk menekur lantai.

"Isha, ni kawan abang tu. Ayden Hayyaz. Masih ingat tak?" Kalisha pantas mengangkat kepalanya.

Dang!

Matanya bertembung dengan mata hazel milik Ayden. Lelaki itu sekadar merenung kosong kearahnya. Bibir diketap sebaik saja melihat raut wajah yang sudah sekian lama menghilang.

Liur diteguk kasar.

"Kalisha, kau okay ke tak ni?" Soal Kash dengan nada risaunya. Perubahan riak wajah Kalisya merisaukan dia. Seketika matanya mengerling ke arah Ayden yang turut memandang adiknya. Tiada secalit senyuman pun pada bibir jejaka itu.

"O..okay.." Gugup nada Kalisha. Ayden tersenyum sinis mendengar nada suara gadis itu.

'Masih sama macam sepuluh tahun lalu.' Fikir Ayden. Wajah Kalisha yang natural tanpa make up tebal direnung penuh minat. Tidak dinafikan, wajah gadis itu semakin matang dan semakin.. cantik?

"Ayden, jomlah. Kita pergi makan dulu." Ayden mengangguk setuju. Beg bagasi miliknya ditarik seiring dengan langkah kakinya.

"Lupa nak tanya, Fika tak ikut kau balik Malaysia ke?"

Laju mata Kalisha memandang Ayden yang sekarang sudah membelakanginya.

Fika? Safika Nawwa ke? Atau Fika lain?

"Fika tak join. InsyaAllah, lagi dua minggu dia balik Malaysia. Sebelum majlis pertunangan kami."

Tersentak Kalisha mendengar ayat terakhir lelaki itu.

Pertunangan?

Tubir mata terasa panas tiba-tiba. Dada terasa sesak.

"Weh, seriuslah? Ya Allah, akhirnya. Jadi juga korang berdua, kan? Aku ingat sekadar 'cinta monyet'! Yelah, dah lima tahun kot. Tak ada berita. Rupa-rupanya, dah nak diikat!" Ayden ketawa suka. Bahu Kash ditepuk.

"Alhamdulillah, kalau dah tertulis Fika tu jodoh aku, memang tak ke mana lah, kan? Kau jangan lupa datang majlis tunang kami."

Ayden menoleh ke arah Kalisha yang sedari tadi diam dibelakangnya.

"Kau pun, Isha. Jangan lupa datang."

Tersentak dibuatnya. Laju kepala ditundukkan semula. Tidak mahu lelaki itu melihat keadaannya sekarang. Kepala diangguk laju.

"InsyaAllah, kalau ada masa saya akan datang."

"Aku tak nak dengan perkataan 'kalau' tu. Kash, kau datang kena bawa Isha. Aku nak korang berdua ada di majlis penting aku dan Fika."

Kash tergelak kuat. Bahu adiknya ditarik rapat kearahnya.

"Kenalah datang! Kau jangan risau. Isha ni memang aku tarik sekali."

Kalisha memejamkan seketika matanya. Bibir diketap kuat. Terasa tubir matanya basah.

'Ya Allah, aku tak kuat.'











Hai korang, minta bantu LIKE DSN VOTE ✔⚘

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 08, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KALISHA : HIS PRECIOUS WIFEWhere stories live. Discover now