Bab 2

66 4 0
                                    

"ISKANDAR! apa semua ni?" Suara Puan Zariah sudah melengking kuat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"ISKANDAR! apa semua ni?" Suara Puan Zariah sudah melengking kuat. Bagai petir yang sedang bergema di langit yang makin gelap bersama awan yang berarak.

"Semua persiapan dah siap, lagi dua minggu lagi kamu berdua nak disatukan. Kenapa mesti Ariyana larikan diri di saat-saat akhir?" Turun naik nafas Puan Zariah apabila mendapat berita apabila bakal menantunya telah melarikan diri ke luar negara di saat akhir.

"Mama, Ariyana bukan larikan diri tapi dia sambung belajar." Jelas Iskandar lagi. Berharap yang mamanya memahami apa yang sedang dia sampaikan.

"Sambung belajar?" Puan Zariah tersenyum sinis. 

"Sama saja bagi mama, larikan diri dari majlis kahwin ataupun sambung belajar."

"Mama tolonglah faham." Iskandar mula tertekan dengan bebelan Puan Zariah.

"Kamu cakap dengan mama macam mana harus mama faham? Kad jemputan dah hampir habis diedarkan. Lepas itu, kamu nak minta mama cakap dengan semua saudara mara dan kawan-kawan mama yang kamu tak jadi kahwin sebab bakal pengantin perempuan larikan diri. Macam tu?" Puan Zarina sudah memicit-micit dahinya. Pening dengan anak sulungnya itu.

"Sejak awal mama memang tak berkenan dengan calon kamu. Tetapi Iskandar suka kan? Jadi, mama terima. Tapi sekarang ni apa yang bakal isteri tak jadi kamu buat pada mama? Malukan mama!"

Iskandar menunduk lemah. Bersalah pada mamanya yang harus menanggung malu. "Maaf mama..."

Tiada kata yang mampu dibalas untuk mempertahankan dirinya. Dia sendiri terkejut dengan berita Ariyana mahu sambung belajar melalui pesanan ringkas dua hari lalu secara tiba-tiba. Sebaik sahaja dia cuba hubungi bagi mendapatkan penjelasan wanita itu terus tidak dapat dihubungi.

"Mama tak kira, mama nak cari kamu pengganti." Laju sahaja Puan Zariah menutur kata. Dia tidak peduli apa nak jadi jadilah. Asalkan semuanya berlangsung seperti yang sudah dirancang.

Membulat mata Iskandar mendengar bicara Puan Zariah. "Pengganti ma?! Ingat senang ke nak cari pengganti ma? Tak mungkin Is nak pinang orang macam tu aje. Pinang anak orang bukan macam beli ikan dekat pasar." Iskandar membantah keras cadangan tidak masuk akal mamanya.

"Pandai... ingat senang ke nak cari pengganti? Jadi kenapa pasangan kamu pandai sangat larikan diri saat-saat macam ni?" Puan Zariah sakit hati.

Iskandar terdiam kembali.

"Kamu setuju atau tidak, majlis ini tetap akan berlangsung pada harinya."

Iskandar senyum senget. "Mama ada calon ke untuk gantikan pengantin perempuan nak kahwin kan dengan Is?" Sengaja soalan itu diajukan. Dia mahu lihat sejauh mana nekad mamanya yang mahu dia bernikah pada tarikh itu.

"Of course, ada! Ingat mama cakap kosong macam bakal isteri tak jadi Is ke?" Puan Zariah tidak mahu mengalah.

"Siapa?" Iskandar menyoal dengan rasa debar.

Hati Untuk diaWhere stories live. Discover now