Bab 1

86 4 0
                                    

"LEEYA! LEEYA!" Panggil Amer menyebabkan bergema ruang tamu di rumah teres semi-D itu sehingga ke bilik tidur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"LEEYA! LEEYA!" Panggil Amer menyebabkan bergema ruang tamu di rumah teres semi-D itu sehingga ke bilik tidur.

Puan Zurina yang melihat anak lelakinya yang menjerit bagai nak keluar anak tekak memanggil anak perempuannya yang satu itu hanya menggeleng. Mereka berdua jika ada di rumah memang gamat rumah itu jadinya.

Aleeya yang lena terus terjaga dengan pekikan yang kuat bergema masuk ke gegendang telinga. "Aduh apa benda abang Amer nak pagi-pagi?" rungut Aleeya geram sambil menekup kedua belah telinganya dengan bantal.

"Aleeya!!" Sekali lagi Amer berteriak sambil menolak daun pintu dengan kasar.

Terhinggut bahunya apabila bunyi daun pintu yang ditolak kasar bersama pekikan abangnya yang bagai guruh di langit. Serta-merta helaan panjang dia lepaskan.

Dengan rasa malas, tubuh yang masih lemah dicuba untuk bangkit. Mata digosok-gosok menahan kantok. "Kacau betul lah orang tua ni, aku nak tidur lama pun tak senang." Aleeya menggumam geram.

"Ada apa terjerit-jerit pagi-pagi buta ni?" soal Aleeya kurang senang. Wajahnya sudah memasang wajah kelat apabila dipaksa bangun di awal pagi hari cutinya.

Baju tidur yang bertelinga singa itu ditarik Amer dari belakang supaya turun ke ruang bawah bersama.

"Apa ni heret-heret Leeya?" Aleeya memprotes. Mahu sahaja dia menghentak kaki seperti anak kecil.

"Leeya ni anak dara apa orang dah terpekik terlolong baru nak bangun. Tak malu ke dengan jiran-jiran dengar aku jerit suruh bangun?" Amer mula membebel seperti bapak-bapak orang.

'Aduh ini orang baru nak jadi suami orang sudah macam bapak-bapak. Kalau dah jadi bapak tak tahulah macam mana. Jadi atuk-atuk agaknya.' Aleeya mencebik.

"Biarlah, lantak dia orang nak kata apa." Aleeya berkata selamba. Dia peduli apa! Bukan dia ganggu jiran tetangga pun kalau dia bangun lewat. Lagi pula bukan setiap hari dia bangun lewat. Hanya hari cuti sahaja dia boleh bangun lewat kalau tidak jam 4.00 pagi dia sudah bangun. Jam 6.00 pagi dia sudah berada di kafe untuk membuat kek.

"Sebab inilah! Sebab inilah sampai sekarang Leeya masih tak laku-laku. Sebab perangai tak ambil peduli Leeya ni."

"Aduh, abang Amer ni..." Aleeya mula bosan dengan celoteh abang Amer yang mengalahkan tok emak mereka di kampung.

"Kamu berdua ni sudahlah tu bertekak pagi-pagi ni," tegur Encik Firdaus yang sudah bersarapan terus mencapai surat khabar yang berada di atas meja.

"Abang Amer ni abah. Pagi-pagi lagi nak membebel macam mak nenek. Leeya sampai tak pasti siapa tok emak, abang Amer ke tok emak," adu Aleeya dengan wajah yang masih menahan kantoknya.

"Kau..." Amer mengetap giginya menahan geram apabila adiknya itu yang meminta belas ihsan dari ayahnya.

"Sudah-sudahlah tu bertekak awal pagi, sarapan ni... ibu dah siap masak dah. Amer kamu kalau tak sempat ibu dah bungkuskan untuk kamu," Tutur Puan Zurina yang datang mencelah menghentikan pertengkaran dua beradik itu.

Hati Untuk diaWhere stories live. Discover now