Doktor Rais terkedu. Curhat mendalam yang penuh makna tersirat. Wajah anak polos itu ditatap lama. Dadanya berombak naik turun melayan kesedihan yang menguasai dirinya.

"Saya perlukan Emara di sisi saya. Dia penguat semangat saya. Even though her ability as a healer can't treat my wounds and curse, but she had brought me back to reality. I'm no longer feel lifeless than before. I've found my happiness. I've found her." Air mata menitis di pipi Nawwar. Rasa yang dipendam Nawwar selama ini akhirnya terluah jua.

Seisi wad bertukar senyap. Doktor Rais mengurut dagu runcingnya. Dahinya berkerut. Selepas beberapa saat memikirkan sesuatu di layar mindanya, barulah Doktor Rais kembali bersuara.

"Okey. Saya akan lepaskan kamu tapi... Kamu kena serah diri balik ke sini sebelum apa-apa buruk terjadi. Sehari selepas kamu melangsungkan pernikahan dengan Emara, faham?" tekan Doktor Rais. Suara garau penuh autoriti.

"Alhamdulillah terima kasih doktor," ucap Nawwar. Lega.

"Empat hari lagi ya? Hm... Saya lepaskan kamu sehari sebelum tarikh nikah. Waktu petang. Boleh? Banyak lagi pemeriksaan teliti saya belum buat dekat kamu."

Nawwar angguk setuju. Selagi dia ada kebenaran untuk melarikan diri sekejap itu sudah memadai. Kisah apa, Nawwar sudah biasa jatuh sakit. Sebarang implikasi yang terjadi tidak memberi kesan kepada dirinya. Sedikit.

Jam dinding menunjukkan tepat pukul dua belas tengahari. Menandakan waktu makan sudah memanggil.

"Saya pergi pejabat Doktor Rais untuk makan tengahari. Kamu ada beli makanan kan?" Soalan terakhir ditujukan kepada Emara. Gadis itu menarik keluar bekas makanan berisi menu nasi hujan panas. Air milo ikat tepi disangkut pada kerusi pelawat.

"Baiklah. Nanti saya arahkan kawan saya bawakan sup ayam untuk Nawwar. Kamu kena jaga pantang makan sementara," pesan Doktor Rais. Kot putihnya ditanggalkan lalu digantungkan pada lengan kanannya. Tuan Zachary jalan beiringan dengannya.

"Kesian dia terpaksa telan air liur tengok orang makan sedap," perli Emara sinis. Aroma menu itu menerobos masuk ke rongga hidung. Nawwar mencebik manja.

"Taknak kawan," kata Nawwar bernada gurau.

"Taknak kawan, kita tak payah kahwin. Batalkan terus. Nak?" Jelingan sekilas oleh Emara kepada Nawwar.

"Eh janganlah... Hm."

Wajah cemberut Nawwar menjentik hatinya. Sifat manjanya makin terserlah. Kalau dah kahwin kelak tak tahu apa jadi kalau sebilik. Silap-silap Emara yang kena pujuk Nawwar sepanjang masa.

Pintu masuk diketuk. Seorang jururawat lelaki membawa masuk dulang berisi sup ayam dengan salad ringkas. Air masak penyejuk tekaknya.

"Enjoy your meal." Riak mesra terpancar pada wajahnya sebelum mengorak langkah meninggalkan mereka.

"Suapkan..." pinta Nawwar sopan.

"Amboi, demand betul. Dahlah buat orang menangis semalam. Sedikit pun tak minta maaf dekat saya,"

"Ha? Saya buat apa?"

Terbatal niat Emara nak menyuakan sudu masuk ke mulutnya. Renungan maut menikam batin Nawwar. Nawwar menelan liur takut.

"Awak mati hidup balik!" sinis Emara menggenggam sudu keluli itu.

"Err... Saya dah redha kalau Allah takdirkan saya pergi,"

"You said that my strength keeps you alive. But then you left me! My heart ache as soon as I knew that I've lost you forever. I thought you never come back..."

Benteng air matanya runtuh. Esakan gadis itu kedengaran di corong telinga Nawwar. Tangan Nawwar spontan menyeka tumpahan cecair jernihnya sehingga kering.

Takdir You're My Healer [C]Where stories live. Discover now