Part 12 (edited)

Zacznij od początku
                                    

"Haura okey. Abang jangan marah papa." Senyuman di wajah sebu Haura nampak terpaksa. "Abang...tak masuk kerja?" Topik perbualan diubah ke arah lain, cawan berisi teh o' tadi dibawa ke birai bibir.

"Tak. Abang hantar Haura je lepastu sambung tidur. Nanti nak balik bagitahu." Kalau begini lah layanan Dato' Azham pada Haura, dia rasa lebih elok dipercepatkan urusan Amsyar dan Haura. Tidak sampai hati tengok adik dia menangis hari-hari kerana direndah-rendahkan oleh bapa sendiri.

••

Barang di atas meja segera dikemas sebelum dia bergegas turun. Kalau ikutkan dia boleh sahaja balik dengan LRT, tapi Hawwas juga yang berkeras untuk ambil. Rasa serba salah pula kalau buat orang menunggu. Satu tangan menggengam erat beg berisi cendera hati dari rakan sekerja yang baru balik dari melancong.

Tibanya dia di bawah, mata Haura meliar, tercari-cari kereta BMW M4 Coupe warna hitam milik Hawwas. Biasanya tepat pukul 5, Hawwas sudah terpacak dengan kereta di sini.

Traffic jammed lah ni...

Haura melabuhkan punggung pada salah satu anak tangga ofis, melanguk-languk wajahnya mengendahkan para pekerja yang melintasi pandangan. Sempat juga dia berbalas senyuman dengan salah seorang teman sekerja yang sedang menapak ke arah parkir kereta.

Dalam kesibukan, muncul kereta Audi R8 berwarna biru yang tampak tidak asing. Miring kepala Haura melirik pada nombor pendaftaran kereta.

Kereta...abang Am?

Bersegera Haura bangun, barang-barangan dipaut erat sambil berjalan menghampiri kereta yang berhenti di hadapan ofis.

"Abang Am?"

Turunnya Amsyar dari tempat duduk pemandu dengan senyuman yang ditemani dengan lesung pipit. Pintu kereta bahagian penumpang pula ditarik.

"Abang Am buat apa kat sini?"

"Ambil Haura lah. Am jadi driver Haura hari ni. Hawwas minta tolong tadi." ucap Amsyar sambil memulakan pemanduan.

Amsyar sudah dipesan oleh Puan Khadijah sejak dari awal supaya tidak terlalu sering berjumpa dengan Haura. Katanya tak manis selagi belum halal. Usah kata mama, Amsyar juga risau. Masih segar dalam ingatan akan air muka Dato' Azham saat dia menghantar Haura pulang tempoh hari namun tidak sampai hati hendak menolak permintaan Hawwas. Risau dibiarkan Haura balik sendiri.

Entahlah. Sebelum ini...tidak pernah pula dia rusuh hati sebegini memikirkan soal Haura.

Beg kertas berisi cendera hati diletakkan di bawah tempat duduk, Haura tarik tali pinggang keledar melilit bahagian tubuhnya. Bermain-main jarinya atas paha, imbauan kata-kata Hawwas muncul dalam kepala.

Pagi tadi, dia terlalu leka dengan herdikan papa sehinggakan terlupa soal perkara utama dalam perbualan. Sampainya ke ofis, sibuk dengan kerja. Tidak sempat memikirkan tentang hal peribadi. Berhadapan dengan Amsyar, barulah dia teringat semula akan hal tersebut.

Melilau anak matanya dalam pada dia cuba mengacuhkan suasana sunyi dalam kereta, Haura perasan mentos sour mix yang terletak di bahagian bekas minuman air. Sedapnya! Hendak minta, segan pula....

"Haura nak ke? Ambil lah." Amsyar melepaskan tawa kecil apabila muka Haura merah menyala. Apa yang nak disegankan entah. Tak lama lagi nak jadi isteri dia juga. Mentos sour mix tadi dihulur pada Haura, mata masih menghadap depan.

Sebaik sahaja bekas gula-gula dibuka, Haura tersenyum sendiri apabila dia perasan gula-gula berwarna warna merah jambu kesemuanya rata-rata berada di bahagian atas. Tidak perlu dia korek sampai ke bawah.

"Hawwas...ada cakap tak pasal keluarga Am nak hantar merisik Haura minggu depan?" soal Amsyar memulakan perbualan. Dari tadi Haura hanya fokus pada gula-gula, penat Amsyar bersiap hari ini, ditatap pun tidak.

Peluang Kedua Buatku [𝒸]Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz