FG|14

70 12 9
                                    

"Baik kau jalan sebelum aku patahkan kaki kau" Mendatar suara Jane, menyuruh enam orang lelaki berbadan sado itu untuk berjalan selepas dibelasah teruk tadi. Siapa suruh cari masalah, kan dah mendapat balasan.

"Kit-a kat man-a?" salah seorang daripada mereka bertanya kepada ketua kumpulan. Terpampang di hadapan mereka sebuah gudang besar yang dikawal ketat oleh lelaki berpakaian sut hitam.

Ketika mereka tiba di hadapan gudang, pintu besi itu terbuka luas. Air liur ditelan payah. Mereka pasti gudang ini bukan sebarang gudang. Kawalan mereka ketat bukan hanya dikawal oleh manusia tetapi CCTV ada di mana-mana.

"Neraka" Belum sempat si ketua menjawab, Jane terlebih dahulu membidas.

Kesemua daripada mereka kaku.

"Masuk!"

Jane sengih seketika. Dia tipu je. Gudang ini bukan neraka tetapi tempat untuk menempatkan orang-orang seperti mereka. Mereka akan dikurung di sini sehingga pihak atasan memberi kebenaran untuk lepaskan mereka.

"Jane" Jane senyum tipis kepada si penegur. Jejaka tinggi lampai itu datang mendekat sambil mengelap peluhnya dengan kain kecil. Baru sudah bersenam kut.

"Adriel, Mrs. Layla ada?"

"Ada. Lady Boss pun ada hari ini. Kau tak pernah tengok lagi kan muka Lady Boss?"

Jane angguk perlahan. Dia belum pernah lihat wajah Lady Boss Sandra Group ini secara berhadapan. Sekadar dengar dari mulut pekerja di sini, garang dan tegas orangnya. Lebih menyeramkan dari Mrs Layla Liliah.

"Dia baik"

"Tahu sangat kau"

"Mestilah! Aku kan orang kanan dia" Jane pandang Adriel atas bawah. Bangga la tu. Kemudian dia toleh kepala melihat enam orang lelaki yang dibawanya tadi telah masuk ke ruangan khas, diiringi dengan tiga orang pengawal.

"Aku dengar nanti bakal ada orang ganti tempat Lady Boss. Tak silap aku cucu dia yang hilang tu kan"

Adriel angguk. Jane jarang tak tahu perkara seperti ini. Dia kagum dengan kecekapan Jane.

"Kau kenal orang tu"

"Aku kenal?"

"Miss Jane. Mrs Layla and Lady Boss nak jumpa" Jane mengatur langkah ke bilik utama selepas dimaklumkan oleh seorang pengawal lelaki.

Bila dia tiba dihadapan bilik itu, pintu bilik itu terbuka sendiri. Mengalukan dia untuk masuk ke dalam. Kelihatan Mrs Layla duduk di atas sofa. Jane berdiri tegak di tepi sofa ibarat seorang pengawal peribadi.

"Saya dengar kamu bawa enam orang lelaki tadi" kata Mrs Layla selepas meletakkan Ipad di atas meja.

Jane angguk.

"Mereka cuba serang Anna tadi. Lagipun lebih baik saya hantar mereka ke sini berbanding ke tempat saya. Tak sampai sehari roh dan jasad terpisah"

Mrs Layla senyum segaris. Betul juga kata-kata Jane itu. Dia tahu, dunia Jane lebih kejam. Pantang ada yang memberontak pasti bakal menerima balasan.

Sama ada dibunuh atau diseksa.

"You are protecting the right person, Jane"  Jane diam, menanti ayat yang bakal keluar dari mulut Mrs Layla. Tetapi ada suara lain yang menyampuk.

"My granddaughter. Anna Lysandra"

Jane memaling wajah. Hampir lupa bahawa Lady Boss turut ada di dalam bilik ini. Bila kerusi itu berpusing, Jane hilang kata-kata. Dia sangat kenal wanita yang baru menunjukkan wajah itu.

OG | THE LOST SANDRA'SWhere stories live. Discover now