Nawwar mencebik. Tak sabar menunggu hari mereka disatukan menjadi suami isteri yang sah.

"Tidurlah dulu, saya nak pergi balik dekat Kak Deena,"

"Wait, don't leave me," adu Nawwar menarik tangan Emara sedia bangun dari kerusi pelawat.

"Tapi..."

"Teman saya. Tunggu sampai Tuan Zachary datang. I missed you so much..."

Emara termakan dengan pujukan Nawwar. Dia duduk semula atas kerusi pelawat. Rambut Nawwar disikat Emara ke belakang. Manja semacam Nawwar hari ini.

"I missed you too..." sahut Emara.


"RAIS! Rais!" Tuan Zachary tak keruan cari Doktor Rais merata. Kelibat itu tiada dalam pejabatnya.

"Rais!" serunya lebih lantang di lorong koridor.

"Zach? Kenapa kau ni?" Doktor Rais muncul depan pintu tandas. Sibuk membetulkan kot putihnya.

"Degupan jantung dia berhenti!" Terluncur ayat itu dari mulut Tuan Zachary.

"Allahukabar..." Dia mengekori langkah Tuan Zachary dari belakang.

Lari tak cukup tanah demi menyelamatkan nyawa seseorang. Wad ICU diterjah masuk. Cardiac monitor memaparkan garisan datar pada skrin. Doktor Rais segera melakukan prosedur CPR berkali-kali.

Cemas tatkala Nawwar tidak memberi sebarang respon.

"Tukar dengan aku, Rais," pinta Tuan Zachary sebelum bertukar giliran dengan Doktor Rais.

Tekanan diberikan lebih kuat. Mengharapkan degupan jantungnya kembali berdetak. Lima kali cubaan gagal.

"Teruskan, Zach! Jangan mengalah!"

Keheningan wad bertukar kecoh. Cardiac monitor berbunyi nyaring. Berpeluh Tuan Zachary sedaya upaya menyelamatkan anak buahnya. Sudah lima minit Nawwar tidak bernafas. Usaha kerasnya tidak membuahkan hasil.

Tuan Zachary menggenggam besi katil. Mengatur nafas yang sudah hilang. Doktor Rais pula ambil alih tugasnya memberi bantuan CPR.

Oh Lord, please bring him back to life. Hati Tuan Zachary bermonolog sendiri.

"Assalamualaikum Nawwar!"

Suara lunak Emara terpacak depan pintu masuk mengejutkan mereka berdua serentak. Tuan Zachary dan Doktor Rais saling berpandangan. She came at the wrong time. She shouldn't be here.

"Doktor? Tuan? Kenapa dengan Nawwar?" Lehernya dipanjangkan mengintai kelibat jejaka itu. Telinganya menangkap satu bunyi nyaring dari cardiac monitor. Garisan kekal datar. Emara menekup mulutnya. Kaget.

Nawwar... Tidak bernyawa?

"Tuan..." Batal niat Emara ingin mengajukan soalan kepadanya. Tiba-tiba sesak nafas. Tak mungkin...

"Emara, bagi kami ruang masa boleh? Kami berusaha kembalikan detakan jantung dia. Hampir lapan minit dia tak beri sebarang tindak balas," pinta Doktor Rais santun.

"Macam mana boleh terjadi..." Lututnya terasa longlai. Air matanya bergenang di tubir. Emara seakan tidak percaya semuanya berlaku dengan pantas.

Dia berlari keluar dari wad ICU. Tuan Zachary mengeluh berat. Doktor Rais sambung fokus melakukan tugasnya. Pelbagai ikhtiar dilakukan, namun tetap sama juga pengakhirannya.

But it doesn't mean they will give up easily.

Emara bersandar lemah pada dinding koridor lalu terduduk. Lutut ditarik rapat ke dada. Wajahnya disembamkan ke situ. Dia tidak percaya. Dia tidak khayal. Masih waras berfikir.

Takdir You're My Healer [C]Where stories live. Discover now