BAB 9

26 0 0
                                    

Arden bergegas masuk ke dalam dan melihat tangan dan kaki Lia diikat.

"Arden.. Tolong buka ikatan ni cepat." Lia menangis teresak-esak.

"Awak ok?" Arden cuba membuka ikatan itu. Ikatan itu sangat susah dibuka kerana terlalu erat.

Alora hanya menatap mereka berdua dengan penuh kemarahan dan kebencian. Perasaan cemburu membuak-buak di dalam hatinya.

"Arden, kenapa awak perlu memilih nya? Kenapa bukan saya?" Alora menatapnya dengan penuh kesedihan.

"Kau dah gila Alora!" Arden menengkingnya.

Arden masih berusaha membuka ikatan pada Lia. Arden terlihat begitu risau dan mengambil berat tentang Lia. Dia mengusap air mata pada wajah Lia di depan Alora. Hati Alora hancur berkeping-keping apabila melihat Arden mengambil berat tentang kawannya.

"Arden! Kenapa kau perlu bagi perhatian lebih kepada perempuan ni?!" Alora mendekati Arden dan memeluknya.

"Arden.. I love you so much." Alora memeluknya sambil menangis.

"Kau dah gila! Aku tidak mencintai perempuan gila seperti kau!"

"Lepaskan Lia sekarang!" Arden memaksa Alora untuk melepaskan Lia.

"Aku akan lepaskan dia. Tapi, kau perlu jadi milikku."

Arden berfikir sejenak. Dia melihat Lia dan melihat Alora kembali.

"Baiklah, aku janji."

Alora membuka ikatan itu menggunakan pisau yang dibawa bersamanya. Lia dapat dilepaskan dengan selamat. Selepas Alora selesai membuka ikatan itu, Arden menarik Lia dan memeluknya. Air mata Alora mula berlinang.

"A-Arden...." Air mata Alora mula membasahi pipinya.

"Kau tipu aku?!" Alora menolak Lia sehingga terjatuh dan cuba untuk memeluk Arden tetapi Arden menepisnya.

Pergaduhan mula berlaku. Alora mencuba untuk mencederakan Arden dengan pisau yang dipegang oleh nya tetapi Arden sempat memegang tangan Alora dan cuba untuk memberhentikannya.

Lia cuba untuk memberhentikan Alora tetapi Alora memarahinya.

"Kau jangan masuk campur!" Alora menengking Lia.

"Kau dah gila!" Arden memarahinya sambil mencuba memberhentikan Alora yang ingin mencedarakannya.

"Yes! Aku memang gila!"

"Aku gila sebab kau!"

"Kalau kau menerima cinta aku, aku tak akan berbuat begini!" Alora menghayun pisau dan terkena bahu Arden.

Tenaga Alora begitu kuat sehingga Arden tidak mampu memberhentikannya. Lia juga mencuba untuk menamatkan kejadian itu tetapi dia tidak berdaya untuk menghalang Alora.

"Berhentilah perempuan gila!" Arden menampar Alora dengan kuat.

"Alora!" Lia begitu risau terhadap Alora walaupun Alora mengkhianatinya.

Alora terdiam dan menatap Arden dengan tatapan maut. Kali ini, perasaan cinta nya terhadap Arden berubah menjadi perasaan benci. Kemarahannya mula membuak-buak di hati.

"Berani kau."

Alora cuba menikam Arden dan sempat dihalang oleh Lia.

"L-Lia.."

Alora terkejut apabila melihat orang yang dia tikam adalah Lia. Alora terdiam tidak terkata apa-apa. Wajahnya penuh dengan kejutan.

"Kau pembunuh." Arden memarahinya.

Alora terduduk dan menangis apabila melihat kawan rapatnya dibunuh oleh dirinya sendiri.

"Alora... A-Aku.. Minta maaf.. Kalau.. Aku menyakiti.. Perasaan kau.."

Alora menangis sambil memeluk kawannya itu. Rasa bersalah mula menghantui nya. Tangisan Alora tidak berhenti-henti.

"Lia, kau tak salah. Aku yang salah."

"Aku terlalu mengikuti perasaan cemburu aku. Aku minta maaf." Alora menangis apabila melihat kawannya seperti itu.

"Alora..." Mata Lia mula tertutup. Lia menghembuskan nafas terakhirnya di pangkuan Alora.

"Lia!!"

"Buka lah mata kau!!"

"Aku tak nak kau pergi!

"N-Nanti.. Siapa yang nak bergurau dengan aku? S-Siapa yang nak bercakap dengan aku?"
Suara Alora bergetar-getar kerana tangisannya.

Arden hanya melihat Alora dengan rasa simpati.

OBSSESEDWhere stories live. Discover now