BAB 4

23 0 0
                                    

"Ahh.. Seronoknya dapat melihat muka kau setiap hari, setiap saat."

Bilik Alora penuh dengan gambar-gambar Arden. Gambar-gambar Arden ditampal di seluruh penjuru dinding di dalam biliknya. Banyak gambar polaroid Arden yang bergantung di pintu.

"Hmm.. Lebih baik aku meluahkan perasaan cintaku padanya."

"Agak-agak.. Dia terima tak cinta aku?"

Alora memikirkan hal itu sambil menatap setiap gambar Arden yang tertampal di dinding.

"Comel betul Arden ni." Alora tersenyum sambil memeluk gambar Arden yang sudah diletak di dalam frem gambar.

Alora sudah dilamun cinta tetapi cara nya itu tidak elok pada dirinya. Alora membuka laptop nya untuk melihat media sosial milik Arden. Dia selalu mengawasi Arden melalui media sosial. Alora meluangkan masa nya dengan melihat aktiviti Arden di media sosial.

Sejak hal itu, Alora semakin kurang keluar dari biliknya. Dia juga sudah kurang melepak dengan kawan-kawannya dan menyebabkan hubungannya dengan kawan-kawan semakin renggang. Tapi, Alora tidak kisah jikalau dia kehilangan kawan nya sendiri. Dia hanya kisahkan tentang Arden dan dia hanya takut Arden tidak menjadi miliknya.

RINGG!! RINGG!!

Telefon pintar nya berbunyi..

"Ish, siapa pula yang call ni?" Alora melihat nama sebelum mengangkat panggilan itu.

"Hello, kau nak apa?" Suara Alora terdengar malas.

"Jom lepak kat rumah aku. Aku ada beli pizza. Sara pun ada kat rumah aku."

"Aku busy la hari ni. Maaf la.. Aku tak boleh pergi. Banyak kerja ah." Alora cuba menolak dengan cara menipu. Dia malas keluar dari biliknya kerana dia mahu meluangkan masanya dengan mengstalk medial sosial milik Arden.

Selepas menutup panggilan itu, Alora membuat volume panggilan di telefonnya silent supaya tiada siapa yang akan menggangu nya. Dia tidak ingin sesiapa pun menggangu dirinya.

Bahkan, dengan ibunya saja dia kurang bergaul disebabkan terlalu obses dengan kawan sekelasnya. Hidupnya sudah berubah dan berbeza seperti sebelum-belumnya. Alora yang peramah sudah berubah menjadi Alora yang tidak suka bergaul dengan sesiapa pun terutamanya dengan pelajar-pelajar perempuan di sekolahnya.

Rasa benci terhadap orang lain mula muncul dalam dirinya disebabkan oleh pelajar-pelajar yang cuba mendekati Arden. Disebabkan seorang lelaki, dia mula membenci kawan-kawannya dan menganggap kawan-kawannya adalah musuhnya termasuklah kawan rapatnya sendiri.

Alora sudah tidak pedulikan tentang orang lain dan dia sedia untuk kehilangan banyak kawan hanya untuk menjadikan Arden miliknya.

"Aku tahu, Arden akan menjadi milikku suatu hari nanti." Dia ketawa seperti orang gila.

[Nampaknya.. Dia sudah boleh ke tanjung rambutan.]

Dia berbaring di atas katil dengan timbunan gambar Arden yang telah disimpan dan dikumpul olehnya. Gambar Arden begitu banyak sehingga dapat menutupi badannya apabila dia berbaring di atas katil.

OBSSESEDWhere stories live. Discover now