BAB 3

23 0 0
                                    

Seperti biasa, Alora ke sekolah dengan rauk wajah yang seperti hari-hari lain. Tersenyum.

"Hai gurl." Kawan rapatnya menyapa Alora seperti biasa.

"Hai Cupcake." Alora membalas sapaan kawannya dengan menggunakan nama panggilan yang telah direka olehnya.

Kelas mereka berbeza. Alora berjalan ke arah kelasnya dan duduk di tempatnya. Tidak lama kemudian, Arden berjalan masuk ke dalam kelas dan menuju ke tempat duduk nya. Jantung Alora berdegup kencang apabila melihat Arden di sebelahnya.

"Morning Arden. Awak apa khabar?" Alora menyapanya dengan suara yang lembut."

"Morning.. Baik." Arden tersenyum malu dan menatap pada buku yang ngin dibaca olehnya. Arden cuba untuk menghindari tatapan Alora.

"Buku apa yang awak baca tu?" Alora cuba memulakan perbualan.

"Komik." Mata Arden masih tertumpu pada komik yang dibaca nya. Arden seolah-olah ingin menghindari dirinya daripada Alora.

Alora tersenyum sambil menatap Arden yang sedang membaca. Tatapan Alora yang menggoda itu membuatkan Arden berasa tidak selesa dengan Alora. Arden cuba berpura-pura tidak perasaan akan hal itu.

Setelah beberapa minit, ramai pelajar perempuan menuju ke arah Arden. Mereka berbual mesra dengan Arden. Alora melihatnya dengan jijik.

"Betina-betina gatal." Kata Alora di dalam hati.

Tatapan Alora dengan serta merta berubah menjadi tatapan yang tajam. Rauk wajah Alora tidak mesra seperti sebentar tadi.

"Berani betul kau berbual dengan Arden." Hatinya membuak-buak dengan kemarahan dan rasa cemburunya tidak boleh dikawal.

Alora cuba menoleh ke arah lain untuk menghilangkan rasa cemburunya. Lagi lama dia melihat mereka, lagi timbul rasa cemburu dalam dirinya. Alora membuka buku dan mula mengarahkan matanya ke arah buku.
.
.
.
.
.
Waktu pulang sekolah, Alora melihat Arden berjalan bersendirian. Senyuman mula timbul di wajah Alora. Inilah peluang terbaiknya untuk berbual dengan Arden. Alora berlari ke arahnya.

"Hai Arden. Kenapa awak berjalan bersendirian?" Alora cuba bercakap lembut dengannya.

"Kawan saya ada kelas hari ini." Arden memberi senyuman kepada Alora. Tapi, senyuman Arden tidak terlihat mesra.

"Kalau begitu, bolehlah saya menemani awak. Bolehlah kita berjalan bersama-sama." Alora tersenyum manis kepada Arden.

"Oh.. Tidak mengapa, saya boleh pulang seorang diri." Arden berjalan pergi meninggalkan Alora.

Rauk wajah Alora berubah. Dia menatap Arden yang pergi itu dengan tatapan yang tajam. Alora tahu bahawa Arden cuba untuk menghindari dirinya daripada Alora.

"Berani betul kau menolak tawaranku."

"Jangan harap kau dapat menghindari diri kau dari ku."

Alora berjalan dan mula mengekori Arden. Alora ingin tahu di mana rumah Arden. Arden tidak tahu bahawa Alora mengekorinya pulang. Setelah sampai di rumah Arden, Alora menyorok dan melihat Arden membuka pintu rumahnya. Alora mengeluarkan telefon pintar dari beg sekolahnya dan mula menangkap beberapa keping gambar Arden.

"Akhirnya, gambar kau pun aku dapat.. Lokasi rumah kau pun aku dapat." Alora tersenyum jahat dan ketawa kecil.

Alora menyimpan telefon pintarnya di dalam beg sekolah sambil melihat Arden masuk ke dalam rumahnya. Senyuman jahat Alora itu tidak hilang di wajahnya.

"Kau tidak boleh menghindari diri kau dari ku. ARDEN NOLAN."

Alora mula beredar dari situ dengan perasaan yang begitu gembira. Hati Alora begitu senang. Senyuman nya tidak luntur dari wajahnya. Alora tidak kisah dan tidak takut dengan apa yang telah dia lakukan.

Alora

OBSSESEDOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz