BAB 7

23 0 0
                                    

Pagi ini pagi yang begitu mendung. Alora berjalan seorang diri di bawah awan yang menutupi matahari.

Dia mengenakan hoodie hitam dan memakai pelitup muka. Semua orang di sekelilingnya memandangnya dengan pelik. Alora tampak begitu mencurigakan.

"Ish, kenapa semua orang tengok aku ni? Tiada benda lain ke diorang nak tengok?" Alora berkata dengan suara yang membisik.

Alora berjalan dengan cepat. Sebenarnya, Alora berpakaian seperti itu kerana dia ingin melaksanakan rancangan jahatnya. Alora ingin menuju ke destinasi nya iaitu rumah kawan rapatnya, Lia.

Setelah sampai di rumah kawannya, Alora sempat merasakan bahawa hal yang dia ingin lakukan adalah salah. Alora berdiri di depan pintu rumah kawannya untuk berfikir sejenak. Tetapi, nama Arden muncul di fikirannya. Alora teringat tentang kejadian yang terjadi pada dua hari lepas. Dimana, Arden menolak cinta nya.

"Argh, aku perlu lakukan rancangan ini. Kalau tak, Arden akan menjadi miliknya."

Alora menghembus nafas supaya dia dapat menenangkan fikirannya.

"TOKK!! TOKK!!"

Alora mengetuk pintu. Setelah beberapa minit mengetuk pintu, Lia membuka pintu dan terkejut melihat Alora berpakaian serba hitam dan gerak gerinya terlihat seperti gelisah.

"Alora? Kau ok tak?" Lia melihatnya dengan pelik.

"Aku ok. Aku pakai macam ni sebab aku sejuk." Alora cuba meyakinkan kawannya.

"Marilah masuk ke dalam rumah dulu." Lia mempelawa nya dan memberi senyuman manis kepada Alora.

Alora berasa jijik dengan senyuman kawannya tetapi dia cuba menyembunyikan apa yang dirasai olehnya.

"No thanks. Ermm.. Sebenarnya aku datang sini sebab nak ajak kau pergi dekat rumah lama aku."

"Mak aku suruh aku kemas rumah lama tu. Boleh tak kau teman aku ke sana?"

Alora menatap Lia dengan tatapan yang lembut. Lia sempat mencurigai nya kerana Alora terlihat begitu pelik. Tapi, apabila Alora menyebut nama maknya, Lia mempercayainya dan bersetuju untuk menemaninya ke sana.

"Baiklah. Aku teman kau ye." Lia memberitahu ibunya untuk menemani Alora ke rumah lamanya.

Alora menghembus nafas lega kerana Lia setuju untuk menemaninya. Alora memberi senyuman kepada kawannya dan berterima kasih kepada nya. Tetapi, senyuman dan ucapan terima kasihnya itu tidak benar-benar ikhlas. Sebaliknya, dia mempunyai niat yang buruk terhadap kawannya.

Mereka berdua berjalan ke perhentian bas untuk menaiki bas. Rumah lama Alora begitu jauh sebab itu lah mereka perlu menaiki bas. Jikalau berjalan kaki, mereka akan lambat sampai ke destinasi yang mereka tuju.

Setelah begitu lama perjalanan mereka, mereka berdua terus berjalan menuju rumah lama Alora yang sudah terbengkalai.

"Terima kasih Lia sebab teman aku. Kalau tak, lama lah nak siap kemas rumah lama ni." Alora membuka peliyup mukanya dan memberi senyuman kepada Lia.

"Alah, kau kan kawan aku." Lia membalas senyumannya.

Mereka berdua mengemas rumah tersebut. Semasa mengemas, mata Alora selalu melirik Lia setiap saat. Alora hanya berpura-pura mengemas rumah itu.

"Lia, aku sakit perut lah.. Kau tunggu sini sekejap ye. Aku nak pergi buang air sekejap." Alora membuat wajah berkerut kononnya menahan sakit perut.

"Ok. Jangan lama-lama and hati-hati tau. Aku takut kau kena culik nanti." Lia ketawa kecil ketika bergurau dengannya.

"Ha yelah.. Aku pergi sekejap je." Alora beredar dari situ.

Sebenarnya Alora tidak pergi jauh. Dia cuma menyorok di belakang rumah.

"Tch, kau yang patut hati-hati." Senyuman jahat muncul di wajah Alora. Alora melihat kawannya yang sedang mengemas itu.

Lia mengemas sambil menunggu Alora. Lia sangat risaukan Alora. Dia takut sesuatu yang tidak diinginkan terjadi terhadap Alora.

"Mana Alora ni? Kata sekejap je." Suara Lia penuh dengan kerisauan.

OBSSESEDWhere stories live. Discover now