"Ziyad!" Ilham lambaikan tangannya pada Ziyad. Sarah lihat jejaka tampan yang sedang melambaikan tangan pada suaminya itu. Seketika kemudian, Sarah mula berfikir.

Suami dia memilih kawan ke?

Semua hensem belaka!

"Long time no see bro!" Ziyad dan Ilham berjabat tangan. Ilham lihat Sarah yang berdiri di sebelah Ziyad kemudian dia hadiahkan senyuman.

"Assalamualaikum Sarah! Kau nampak berseri muka," ujar Ilham. Ziyad senyum sinis kemudian dia peluk tepi bahu Sarah.

"Of course berseri. Bahagia dengan aku. Kau apa tahu?"

"Alah kau. Alih-alih kau juga yang dulu—"

"Kau jangan mula boleh tak?" Ilham terkekeh ketawa. Kemudian dia terus mempersilakan Ziyad dan Sarah untuk duduk di kerusi yang sudah disediakan.

"Kau tetamu VVVVIP keluarga aku tau. Patut berbangga. Sebab aku ajak mafia sekali." Ziyad besarkan matanya kemudian dia kerling pada Sarah. Ilham tekup mulutnya.

"Ouh maafkan Ilham, maafkan Ilham. Ilham tak sengaja." Ziyad ketap giginya. Sarah sudah mula pelik. Apa ni? Kenapa tiba-tiba minta maaf?

"Butterfly tadi tak dengar apa si sengal ni cakap?" Soal Ziyad sambil tunding jarinya pada Ilham. Sarah gelengkan kepalanya.

"Tak abang."

"Good girl." Ziyad letak Eryan di kerusi kemudian dia bangun. Dia dekati Ilham yang sedang menceduk makanan. Ditepuk bahu sahabatnya itu.

"Opocot!" Hampir terlepas pinggan yang dipegang oleh Ilham. Rifqi lihat Ilham dengan wajah yang pelik, sama juga dengan Jayden.

"Kau apahal?"

"Kau gila ke? Wife aku lawyer."

"Chill. Rifqi tu polis kot. Tengok dia boleh peluk peluk dengan Jayden tau." Ilham halakan wajahnya pada Rifqi yang sedang mencuit cuit pipi Jayden. Jayden terus bangun dan hendak menampar tubuh Rifqi namun ditahan oleh Zane.

"Makanlah ni. Banyak wanita-wanita dalam rumah ni masak," ujar Ilham sebelum dia beri tiga pinggan pada Ziyad. Ziyad pelik melihat tindakan Ilham itu.

"Eh bang, kau tu dah ada anak bini. Apa salahnya kau ambilkan makanan untuk diaorang?"

"Ah bisinglah kau."

"Hm.. kalau aku tak cakap, tak ada mananya kau nak buat. Patut Dayana benci kau."

"Kau nak mati ke Ilham?" Ilham terkekeh ketawa, "I'm speaking fact what... treat her and your son very well, Ziyad. And everything will be fine." Ilham terus berlalu pergi.

Ziyad toleh melihat Sarah. Wanita itu sedang menenangkan Eryan yang hendak menangis. Dia sendiri tidak tahu kenapa Eryan kerap menangis.

Ziyad gelengkan kepalanya.

Kenapa ya?

***

"BUSINESS kau okey, Yad?" Soal Ilham sambil dia menyuap ketupat ke dalam mulut. Hari ini kerja Ilham cuma makan, makan dan makan sahaja!

Ziyad yang sedang minum itu jungkit keningnya. Dia letakkan cawan ke atas meja. "Alhamdulillah, so far so good. Thanks ajar aku tentang business ni semua."

"No hal lah. Dulu kau banyak tolong aku dekat London. Dekat sini, aku tolong kau lah pula. Fair and square. That's how friendships work."

"Betul." 'Ziyad anggukkan kepalanya. Dia lihat Eryan yang tampak sungguh bosan. Dicuit bahu anaknya.

"Pergilah main bunga api dengan Aidan."

"Eryan malu daddy. Uncle Zain tak ada, daddy mesti nak duduk sini dengan mama. Dekat sana tu, mana ada yang Eryan kenal." Ujar Eryan.

"Jom dengan uncle. Yad, jomlah. Zane nak bakar mercun merdeka tu." 'Ziyad perlahan-lahan bangun. Dia lihat Sarah yang sedang termenung itu.

"Little girl." Dagu Sarah dicuit bagi menyedarkan Sarah yang mengelamun ke alam lain itu.

"Kenapa abang?"

"Jom main bunga api."

"Sarah seganlah abang. Dekat sana ramai yang—"

"Ya abang tahu. Hensem-hensem dekat sana tu. Abang ada. Jom." Ziyad hulurkan tangannya pada Sarah. Sarah menyambut huluran tangan Ziyad lalu wanita itu berjengket sedikit.

"Abang jangan salah faham tau. Walaupun dekat situ berderet lelaki hensem, semua tu jodoh orang. Sarah tak tertarik dengan diaorang. Sarah tertarik dengan jodoh Sarah je. Hensem, tinggi, baik dan bijak. Untung betul Sarah ni, kan? Siapa yang terlepas daripada abang memang rugi besar. Dia tak tahu Ziyad Hayder ni hensem lepastu bijak!"

"Aip sayang. Puji-puji, nak apa-apa ke?" Ziyad tenung anak mata isterinya. Senyuman menggoda dihadiahkan.

"Nak abang." Lalu Sarah kucup telinga Ziyad. Wanita itu terus tarik tangan Ziyad dan menuju ke kawasan lapang di mana tempat mereka bermain mercun dan bunga api. Ziyad lihat sahaja isterinya itu.

Siaplah kau sayang!

Ziyad terus mencempung tubuh Sarah. Sarah terkejut lalu dia menjerit.

"Abang! Apa ni abang?! Jangan abang! Turunkan Sarah!" Ziyad gelengkan kepalanya sambil dia berjalan menuju ke kawasan lapang bersebelahan rumah Tuan Khairuddin.

"Make me."

"Abang!!!"

"Yes butterfly?"

"Turunkan Sarah!"

"Tak nak."

"Malulah abang! Orang tengok je ni!" Sarah pukul bahu Ziyad. Ziyad terkekeh ketawa. Dia masih lagi mencempung tubuh Sarah.

"Biarlah tengok pun. Salah ke? Abang bukan dukung isteri orang. Abang dukung isteri sendiri," ujar Ziyad kemudian dia berhenti melangkah.

"Abang! Turunkan Sarahlah! Malu orang tengok!"

"Butterfly.."

"Turunkan Sarah!"

"Tak nak!"

To Be Continued

Nak capai klimaks cerita yang kedua. Dan lepastu, boom, end.

Nanti nak publish cerita baru

Doakan yang terbaik buat saya

Bye

Esok insyaAllah kalau tak tertidur lepas subuh, saya update lagi

Esok insyaAllah kalau tak tertidur lepas subuh, saya update lagi

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.
Ziyad HayderTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon