Chapter -30

14.3K 1.5K 129
                                    

"Ah shit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ah shit." Ziyad mengetap giginya. Ada roadblock la pulak! Dia memandang Eryan yang sedang menonton upin ipin di sebelahnya. Matilah kalau kena tahan.

Dang! Kena tahan!

"Abe Yad... nak pergi mana ni abe?" Soal Rifqi. Dia membongkokkan sedikit tubuhnya. "Aku nak pergi rumah Sarah lah."

"Tak reti duduk rumah ke? Gatal nau bontot nak pergi rumah anak dara orang." Soal Rifqi. Dia memandang sekeliling.

"Qiqi, kau tak tau ke yang aku ni dah rindu sangat dekat Sarah. Dia punya sakit merindui tu macam nak tercabut jantung ni ha." Rifqi membuat muka menyampah.

Siapa entah yang cakap dulu dia benci perempuan nama Sarah Sofea. Dasar manusia tak tetap hati.

"Eryan dah cakap uncle, lambat-laun daddy memang akan suka dengan mama. Daddy ni memang uncle, mula-mula cakap benci, lama-lama sayang. Dia ingat dia single agaknya.. padahal duda." Selamba sahaja Eryan berkata-kata.

Rifqi terus memandang Eryan sambil membulat matanya. Eryan! Uncle doakan kau masih dipanjangkan umur Eryan! Berani betul kau cakap macamtu dekat bapak kau!

"Bagi sebab kenapa nak pergi rumah Sarah."

"Sibuk je nak tau."

Rifqi menghela nafas berat. Tak tolong, dah member. Tapi... haih.

"Encik nak pergi mana?" Secara tiba-tiba suara Rifqi kuat. "Ouh nak pergi beli barang! Ouh faham-faham! Ha pergi-pergi!" Sebelum itu, sempat Rifqi menarik rambut Ziyad dan terus mengarahkan Ziyad pergi.

"Kau kena ingat Yad, aku dah berdosa malam ni sebab lepaskan kau. Lepasni, jangan harap. Faham?" Ziyad mengangguk lalu dia senyum perlahan.

"Thanks a lot."

***

Sarah tidak senang duduk. Tadi Ziyad telefon suruh dia bersiap. Takkan Ziyad nak datang? Ziyad lepas ke dengan sekatan jalan raya? Kan sekarang sekatan jalan raya sudah ketat!

Baru Sarah tersedar sesuatu. Itu Tuan Ziyad Hayder. Paling degil dan keras kepala. Bagi dia, apa yang dia buat semua betul.

Macam perempuan, tak pernah salah.

Sarah menghenyakkan punggungnya di atas katil. Matanya memandang sekeliling biliknya lalu dia mengeluh perlahan, "macam mana kalau Ziyad memang betul-betul datang? Matilah."

Dari tingkat atas dan pintu balkoni biliknya terbuka, dia terdengar bunyi enjin kereta masuk ke dalam kawasan rumah. "Tolong jangan cakap itu Ziyad!"

Sarah tak tentu arah. Macam mana kalau itu Ziyad?!

Dia menjengah dari balkoni, memang ya itu adalah Ziyad! Ouh, memang degil betul si duda ni. Apabila dia melihat Ziyad sudah keluar dari perut kereta, tiba-tiba sahaja perutnya sakit.

Ziyad HayderWhere stories live. Discover now