Chapter -9

15.2K 1.6K 180
                                    

Sarah mengangkat pinggan lalu di bawa ke singki

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sarah mengangkat pinggan lalu di bawa ke singki. Pili air di buka lalu dia mula membasuh pinggan. "Sarah." Panggil Zain.

Dia mendekati Sarah sambil tangan di seluk ke dalam kocek seluar. "Ada apa Zain?" Soalnya. Dia menyusun pinggan di rak yang disediakan.

"Nama penuh you Sarah Sofea kan?"

"Macam mana you tahu?" Soal Sarah pelik. Setahunya, Eryan hanya memberitahu Zain nama dia hanyalah Sarah. Aunty Sarah.

"Ziyad pernah cerita pasal you dekat I. Dia cakap, you lah yang dia pernah selamatkan dulu masa dekat England sana. That time, haa."

"I pun ingat tak ingat dah Zain. I don't know how Ziyad boleh kenal dan ingat I."

Zain tersenyum sinis. "Adalah tu... mungkin dia tertarik dengan you. Sebab tu dia cari tahu pasal you, and ingat you sampai sekarang."

"Haha kalau dia tertarik dengan I, takdenya dia nak treat I macam I ni orang bodoh Zain." Laju Sarah menafikan kata-kata dari Zain.

"Sarah, I lelaki. I tahu lah sama ada lelaki tu tertarik atau tidak dengan seorang perempuan." Ujar Zain lalu dia bersandar di dinding.

Memandang Sarah yang membasuh pinggan. Setelah siap basuh, susun pinggan. Lepastu, amik pula kuali yang belum sempat Zayra basuh tadi selepas masak.

"You know what Sarah. Jarang perempuan sekarang nak duduk dapur. Tak macam you, well educated, pretty with brain but still lagi basuh pinggan mangkuk kuali kotor. Diaorang nak buat? Huh kirim salam. Pandai makan tapi tak pandai basuh."

Sarah mengelap tangannya dengan tisu dapur. Dia mendekati Zain, "For your information Mr. Zain Hayder. Tak semua perempuan macamtu. You je yang tak kaji lebih mendalam about us. Salam."

Zain terkebil-kebil melihat gadis itu yang sudah ke ruang tamu. "Wa...waalaikumsalam." Fuh! Mendalam sekali! Zain menyentuh dada belah kirinya, "Bapak deep sia perempuan ni."

"Nasib kau lah Ziyad. Sarah tu cantik, suka layan budak-budak. Silap hari bulan, Eryan minta dia jadi mummy baru untuk Eryan." Zain menggeleng perlahan lalu dia membuka peti sejuk.

"Oh my god, siapa yang berani lawan hukum alam ni?!" Zain terkedu. Setelah dia membuka penutup bekas aiskrim berwarna biru itu, terkejut beruk dia melihat ada aiskrim dan bukan ikan!

"Zayra! Berani kau melawan hukum alam!" Zain meletakkan secara kasar bekas aiskrim itu di dalam peti sejuk lalu laju dia melangkah ke atas.

Apa lagi! Cari pasal lah dengan Zayra!

***

Ziyad membelok masuk ke dalam perkarangan mansion mewah milik keluarganya. Sebaik sahaja dia keluar dari penthouse miliknya, dia berasa tidak senang hati.

Entah mungkin naluri seorang bapa mungkin. Dia memberhentikan keretanya betul-betul di hadapan pintu rumah. "Bawa kereta aku ke parking." Ujarnya kepada driver yang baru sahaja dia upah.

Ziyad HayderWhere stories live. Discover now