Chapter -28

15.6K 1.8K 301
                                    

Setelah menghantar Sarah pulang ke rumah, Ziyad terus memandu ke sebuah tempat yang terpencil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setelah menghantar Sarah pulang ke rumah, Ziyad terus memandu ke sebuah tempat yang terpencil. Hanya orang-orang tertentu sahaja tahu tempat itu wujud.

Tiba di situ, dia melihat sekeliling. Seperti biasa, di luar nampak suram. Tetapi di dalam, kita tidak tahu.

"Saya buat tempahan atas nama Sarah Sofea Hashim." Seorang lelaki cina tua memandang Ziyad. Rokoknya dijepit di antara celahan jari telunjuk dan jari hantunya.

"Lu yang mau cincin dengan permata tu betul? Yang harga sampai 80 000 linggit (ringgit). Mahal mahal. Lu mesti olang (orang) kaya betul?" Ziyad tersengih sahaja.

Lelaki cina itu mengambil sebuah kotak yang sudah dibalut dengan kemas, "lu mau buka ka?" Ziyad mengangguk. Lelaki cina itu meletakkan semula rokok di antara celahan bibirnya.

Cermin mata di ambil lalu dia mengambil pisau, "lu aaa nanti kasik balut balik. Ini barang sangat wanted woo. Lu beruntung sebab dapat bawa balik ini barang." Ujar lelaki cina itu.

Setelah dia memotong bungkusan itu, terserlah sebuah kotak berwarna merah baldu. "Lu buka la, wa dah muak tengok itu barang dari lepas subuh sampai wa nak tutup mata."

Ziyad membuka kotak itu. Dia tersenyum penuh makna. Cincin itu sangat cantik. Cantik seperti Sarah.

"Saya dah bagi down payment haritu RM 40 000 kan?" Lelaki cina itu mengangguk. "Betul betul, baki lagi RM 40 000, nanti lu masukkan duit dalam akaun bank Ah Seng. Anak wa."

"Alright, esok lepas subuh saya bank in. Balik dulu."

"Ya ya, wah banyak untung la lu punya bini. Cincin mahal."

Ziyad tersenyum.

***

Sarah menoleh kiri dan kanan. Dia memandang Aariz yang berdiri di sebelahnya, "okay Daniel takde... you nak jalan depan ke belakang I?"

"Depan lah.. nanti tu— ekhem kan lagi elok kalau lelaki jalan depan, perempuan belakang. Jangan normalise kan 'ladies first'. Itu style barat, kita orang Islam." Sarah mengangguk perlahan.

Bila Aariz dah mula bercakap pasal agama, rasanya satu hari itu belum tentu habis. Dia terus mengarahkan Aariz jalan.

"Sarah!" Sarah menoleh ke belakang. Ada seorang jejaka yang sangat tinggi datang mendekatinya. Lelaki itu membuka cermin mata yang dipakainya.

"Apa awak buat dekat sini? Saya ingat awak masih cuti." Ujar Isaac. Aariz juga memandang belakang, Sarah sedang ditemu bual secara mengejut oleh Isaac.

"Aariz, kau memang boleh pegang janji..." Isaac memandang Sarah. Dia menarik Aariz lalu mereka berbisik sebentar. Selang beberapa saat, mereka kembali mendekati Sarah.

Ziyad HayderWhere stories live. Discover now