BAB 1

86 2 0
                                    

"Perkenalkan, ini kawan baharu kamu. Arden Nolan." Cikgu memperkenalkan murid baharu yang berpindah ke sekolah itu.
Semua pelajar terdiam dan terpesona dengan ketampanan Arden.

"Hai, saya Arden." Arden menunduk malu semasa memperkenalkan dirinya.

Pelajar-pelajar tersenyum melihatnya terutama sekali pelajar perempuan yang melirik nakal terhadapnya.

"Kamu boleh duduk di sebelah Alora ye." Kata cikgunya dengan lembut dan menunding jari ke arah tempat duduk di sebelah Alora.

Arden melihat Alora dan tersenyum. Dia berjalan ke arah tempat duduknya lalu duduk di kerusi.

"Hai." Arden menyapa Alora dengan tersipu malu. Mata Alora tepat melihat matanya dan senyuman manis Alora muncul di wajah.

"Hai Arden." Alora menatap nya dengan tatapan yang lembut.

"Baiklah semua, mari kita mulakan pelajaran pagi ini." Semua orang mula membuka buku dan fokus ke hadapan.

Semasa belajar, entah mengapa mata Alora selalu melirik ke arah Arden. Dia tidak boleh fokus semasa cikgunya mengajar. Dirinya seolah-olah dipukau oleh Arden.

"Ish, kenapa dengan aku ni?" Alora berkata di dalam hati.

"Kenapa dengan kau ni Alora? Kau perlu fokus pada pelajaran bukan padanya." Alora mencubit-cubit tangannya dengan kuat untuk mengawal perasaannya.

Kelakuan Alora menarik perhatian Arden yang sedang fokus pada pelajaran.

"Awak ok ke?" Tanya Arden dengan lembut dan sedikit risau.

"Y-Ye, saya ok." Alora memberi senyuman untuk menutupi kelakuannya yang mencurigakan. Alora menoleh ke arah gurunya yang sedang mengajar.

Arden hanya tersenyum dan sambung fokus pada guru yang sedang mengajar di depan.

Alora menghembus nafas lega kerana Arden tidak mengesyaki apa-apa. Entah mengapa, Alora semakin tertarik pada Arden. Sikap Arden yang baik itu membuatkan dirinya tertarik pada Arden dengan serta merta. Alora sudah mencuba sedaya upaya untuk mengawal perasaan nya terhadap Arden tetapi ia membuatkan dirinya semakin tertarik dengan lelaki itu.

"QRIINNGGG!!" Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat.

"Baiklah semua, kamu semua boleh ke kantin sekarang." Cikgu mengemas buku-buku dan pergi dari kelas itu.

"Hai, Arden." "Saya Yana." "Saya Kila. Saya penolong kelas." Ramai pelajar perempuan mendekatinya untuk berkenalan dengannya. Alora hanya memandang mereka dari jauh dengan perasaan yang sedikit cemburu.

"Tch, gatal betul." Alora menjeling pelajar-pelajar itu dengan perasaan yang menjengkelkan.

Alora berjalan ke kelas dan duduk di kerusinya dengan perasaan yang kurang elok.

"Kenapa aku cemburu? Come on Alora, tidak salah jikalau orang lain menyukainya. Arden tu bukan boyfriend kau pun." Alora bercakap seorang diri.

Alora meletakkan kepalanya di atas meja sambil memikirkan tentang Arden. Dia seperti sudah tergila-gilakan lelaki itu.
Alora termenung sehingga dia tidak sedar semua pelajar masuk ke kelas.

"Oi. Jauh betul kau termenung. Dah sampai luar negara ke?" Kawannya menggeleng kepala sambil ketawa.

"Bukan termenung apa pun. Aku fikir tentang ayah kau. Mana lah tahu nanti aku boleh jadi mak tiri kau." Alora mengusiknya sambil ketawa.

"Tch, aku bagi penumbuk, baru kau tau langit tu tinggi ke rendah." kawannya menjeling sambil membebel. Alora hanya ketawa apabila mendengar kawannya membebel.

Beberapa minit kemudian, Arden masuk ke kelas dan duduk di tempatnya. Arden hanya memberi senyuman kepada Alora. Alora membalas senyuman nya dan jantung Alora berdegup kencang apabila menatap Arden.

OBSSESEDWhere stories live. Discover now