BAB 21

3.7K 120 2
                                    

Aariz merenung satu persatu pekerjanya yang menundukkan ketakutan. Dadanya turun naik menahan marah. Dia bukanlah seorang majikan yang suka marah pekerja tapi kali ini dia betul-betul hilang kesabaran.

"Kerja macam ni pun korang tak boleh nak handle ke? Saya beri kepercayaan kepada korang tapi apa yang saya dapat? Untuk tahun ni kita dah kehilangan dua projek korang tahu tak? Nak ke kalau kita hilang projek lagi? Korang memang suka ke kalau saya bayar gaji korang lambat?" Tengking Aariz. Para pekerjanya masih diam tanpa berkata apa-apa. Akur dengan salah mereka sendiri.

"Sebagai denda, korang tak dibenarkan balik awal hari ni. OT sampai jam 8 malam. Faham tak?" Soal Aariz tegas.

"Faham Tuan," Kata pekerjanya serentak.

"Sekarang korang keluar. Make sure siapkan semua kertas kerja tu hari ni juga. Esok saya nak tengok semua dokumen dah ada atas meja saya," kata Aariz lagi dengan semakin mengendur. Tidak menengking lagi.

Mereka mula mengatur langkah meninggalkan ruangan itu. Aariz meraup mukanya sebelum melepaskan keluh. Penat memikirkan hal kerja. Pintu bilik pejabatnya dibuka semula membuatkan Aariz kembali memandang. Terlihat isterinya kini berada di depan pintu.

"Nuha, buat apa dekat sini?" soal Aariz. Dia bangun untuk mendapatkan isterinya. Dia menarik tangan Nuha agar duduk di sofa yang ada di ruangan itu.

"Nuha saja datang sini. Rindu dengan abanglah. Abang okay ke tak ni? Tadi marah-marah kenapa?" soal Nuha.

"Marah dekat orang yang dah buat kesalahan. Entahlah, abang tak tahan sangat tadi. Tu yang termarah diorang," jelas Aariz. Dia tidak mahu isterinya berfikir jika dirinya seorang yang baran.

"Ouh, kalau Nuha buat salah...abang marah tak?" soal Nuha.

"Nuha ada buat salah dengan abang ke?" soal Aariz kembali.

"Tak adalah. Nuha ni kan perempuan. Perempuan mana pernah salah."

"Habis Nuha tanya macam ada buat salah tu kenapa?" 

"Nuha tanya je. Nak tengok sama ada abang sampai hati ke tak abang nak marahkan Nuha yang comel ni." Nuha kelipkan matanya beberapa kali buat gaya comel. Aariz tersenyum melihat isterinya yang tidak ada beza seperti anak kecil.

"Nuha rasa Nuha tu comel ke bila buat muka macam tu? Makin buruk adalah." Aariz bantai gelak ingin kenakan isterinya. Bibir Nuha mula memuncung sebelum dia peluk tubuhnya sendiri sebagai tanda merajuk.

"Habis abang ingat abang tu kacak sangat ke? Muka pun macam badak tertelan bola. Ugh!"

"Apa Nuha cakap? Macam badak tertelan bola? Sayang dah pernah tengok ke badak telan bola macam mana? Zoo mana sayang tengok ni? Nak juga abang tengok sekacak mana badak telan bola tu," usik Aariz lagi. Dia lagi suka kalau tengok isterinya memuncung begitu. Gigit baru tahu.

"Bencilah abang ni. Tepi sikit, Nuha nak balik." Nuha menolak sedikit tubuh Aariz untuk memudahkan dia bangun. Belum sempat dia bangun sepenuh Aariz lebih pantas menariknya agar duduk semula.

Aariz mengunci tubuh Nuha dengan kedua belah tangannya. Dia merenung tepat ke dalam ke anak mata Nuha. Wajah mereka pula terlalu dekat sehingga dapat merasakan nafas masing-masing. Nuha telan air liur. Risau dengan kedudukan mereka begitu. Untung bilik Aariz ni tertutup rapi. Kalau tidak mungkin sudah dilihat oleh pekerja Aariz.

"Nak pergi mana? Hmm?" soal Aariz. Suara garaunya kedengaran sangat seksi.

"Nu...Nuha...err...nak baliklah." Tergagap-gagap Nuha nak menjawabnya.

"Nak balik? Siapa suruh Nuha balik? Ada abang suruh ke?" soal Aariz lagi.

"Nuha datang sini sendiri. Bukannya abang suruh. Biarlah kalau Nuha nak..." terhenti bicara Nuha bila bibirnya kini mula bersentuh dengan bibir Aariz.

BUKAN ISTERI PILIHANWhere stories live. Discover now