BAB 4

3.4K 133 4
                                    

Aariz memandu kereta pacuan empat roda miliknya menuju ke kampung. Dia memandang tempat duduk penumpang di sebelah yang kosong. Tiba-tiba dia teringatkan tentang arwah isterinya. Selalunya bila balik kampung, Rania lah yang akan jadi temannya borak. 2 tahun ulang alik ke kampung tanpa peneman. Adam? Teman memandu jelah. Entah bila anaknya itu akan mula bercakap semula. Sungguh dia rindukan suara anaknya itu.

Lagu sayang sampai mati dari penyanyi terkenal Indonesia  dimainkan diradio membuatkan Aariz dengan pantas menukar kepada lagu lain. Lagu itulah yang dia dengarkan kali terakhir sebelum kemalangan berlaku yang membawa kepada kematian isteri serta anak keduanya yang masih dalam kandungan. Lagu itu awalnya merupakan lagu kegemaran dia dan Rania. Tapi kini bertukar menjadi memori hitam. 

Perjalanan yang memakan masa 3 jam kini telah tiba ke destinasi. Mata Aariz menangkap pada kenderaan yang dia kenali. Itu kereta Nuha. Aariz memberhentikan keretanya di sebelah kereta Nuha. Hujung minggu pun kerja ke si Nuha ni? Tapi kenapa datang ke rumah bukan ke pejabat Airis?

"Assalamualaikum." Aariz memberi salam.

"Waalaikumsalam, oh Abang Aariz." Nuha menjawab salam dari Aariz.

Aariz melihat Adam yang berada si sebelah Nuha. Makin dekat pula dia dengan Nuha. Mungkin dia sudah biasakan diri dengan Nuha.

"Adam pergilah salam Babah Adam tu. Jangan tengok je," Tegur Nuha pada Adam. Adam bangun lalu mengambil tangan Aariz sebelum diciumnya. Aariz tersenyum melihat Adam yang kini makin baik.

"Errr...Ba...bah," Perkataan pertama yang terbit dari bibir Adam setelah 2 tahun.

Bulat mata Aariz mendengar perkataan yang disebut oleh Adam. Dia nampak terkejut. Dia tak salah dengarkan? Perkara yang sangat dia impikan selama ini. Nuha yang berada disitu juga sedikit terkejut. Aariz dengan pantas menyamakan kedudukannya sama tinggi dengan Adam.

"Adam...Ya Allah, betul ke apa yang babah dengar ni?" Soal Aariz pada anaknya itu. 

Gembiranya usah dikata. Hampir saja dia ingin mengalirkan air mata. Mana tidaknya, anak lelakinya itu sudah memanggilnya dengan gelaran 'babah' semula. Perasaan yang sama dia rasakan sewaktu Adam pertama kali memanggilnya dengan perkataan itu.

"Apa yang bising-bising ni?" Soal Tuan Rashdan yang baru muncul bersama Airis.

"Abah! Airis! Adam dah panggil Aariz babah tadi. Ya Allah...Aariz tak sangka," Gembira betul Aariz kali ni. Mana tidaknya anak dia panggil dia babah lagi setelah 2 tahun.

"Betul ke Adam? Syukurnya Atok dengar." Tidak lekang bibir Tuan Rashdan mengucapkan rasa syukur.

"Betul ke Adam? gembiranya Acu dengar," kata Airis pula.

"Haa cuba panggil Atok pula. Cuba Adam cakap Atok," Tuan Rashdan menantikan cucunya akan memanggilnya Atok.

"Aa...a...tok," perkataan kedua yang keluar dari mulut Adam.

"Ya Allah cucu Atok," Kini giliran Tuan Rashdan pula yang memeluk cucu tunggalnya itu.

"Acu? Adam taknak sebut ke?" Soal Airis pula.

Adam masih diam di tempatnya. Menayangkan muka serba salah. Patut ke dia sebut perkataan 'Acu' tu? Sudah dua perkataan dia sebut untuk hari ni. Kalau ikutkan dah cukup limit ni. 

"Takpa kalau Adam taknak sebut. Acu tak ambil hati pun. Nanti Adam cuba lagi okay?" Kata Airis yang cuba untuk menenangkan hati sendiri. Dia tidak mahu memaksa anak buahnya itu. 

"A...cu," Tidak terlalu gagap. Success! Adam berjaya menyebutnya. Satu pencapaian yang agak baik.

"Adammm..." Panggil Airis meleret. Kini dia merasa sebak. 2 tahun bukannya waktu yang singkat untuk Adam kembali bercakap semula. Walau hanya beberapa patah saja, itu sudah cukup membuat mereka sekeluarga bahagia. Kini Adam masuk ke dalam pelukkan Airis.

BUKAN ISTERI PILIHANWhere stories live. Discover now