BAB 3

3.4K 127 1
                                    

Aariz merenung Adam yang leka bermain puzzle bersama Airis. Tuan Rashdan melabuhkan punggungnya di sebelah Aariz.

"Aariz," sapa Tuan Rashdan pada anaknya itu.

"Ya, bah." Aariz membetulkan duduknya.

"Adam dekat sana macam mana sekarang? okay ke?" soal Tuan Rashdan.

"Okay je, sekarang ni Auni yang jaga dia. Pengasuh sementara. Riz tengok dia selesa dengan Auni tu," Kata Aariz.

"Auni? Siapa? Abah kenal ke?" Soal Tuan Rashdan lagi.

"Riz tak pasti pulak abah kenal ke tak. Dia tu kawan Riz dengan Rania. Memang dia rapat dengan Adam waktu Rania ada lagi, bah. Hari tu Riz ada tanya dia kalau dia sudi jaga Adam. Dia sudi and sanggup. Jadi habis waktu sekolah Riz akan hantar Adam pergi rumah dia lah," Terang Aariz panjang lebar pada bapanya itu.

"Baguslah kalau macam tu. Tapi Adam ada bercakap ke dengan Auni tu?" Soal Tuan Rashdan lagi.

"Adam kalau dengan Auni sama macam Adam dengan kita je bah. Auni cakap kadang-kadang tu ada lah juga Adam akan jawab ermm macam tu je. Okay lah tu kan. Walaupun sikit je. Kalau nak ikutkan Auni tu orang luar. Aariz boleh nampak sisi positif juga dekat situ," Kata Aariz lagi.

"Baguslah kalau macam tu. Sekurangnya dia boleh dekatkan diri dengan orang lain selain keluarga kita," Sambung Tuan Rashdan.

"Itulah yang Aariz fikirkan bah."

Aariz mengalihkan pandangan apabila terasa lengannya digoncang beberapa kali. Dia melihat tubuh kecil milik Adam yang kini di hadapannya memegang puzzle yang telah siap disusun. Fahamlah dia Adam sedang menunjukkan hasil kerjanya bersama Airis tadi.

"Adam buat ke ni?" Soal Aariz. Adam mengangguk sebagai jawapan untuk soalan babahnya itu.

"Wah, hebatnya anak babah ni! Pandai Adam susun puzzle ni," Kata Aariz sebelum tangannya naik menarik pipi Adam yang sedikit tembam itu.

"Esok ke abang balik KL?," Soal Airis yang kini melabuhkan punggung di hadapan abangnya.

"Haah, sebab lusa abang dah kerja," Kata Aariz.

Adam menarik tangan Aariz untuk mengalih perhatian Babahnya. Dia menggelengkan kepalanya beberapa kali. Aariz mengerutkan kening untuk mencari jawapan.

"Kenapa Adam?" Soal Aariz pada Adam. Adam menggelengkan kepalanya lagi.

"Adam nak cakap apa? Cuba Adam cakap dekat babah betul-betul," Kata Aariz yang sedikit memaksa. Dia berharap Adam akan cuba bercakap dengannya. Namun, satu sticker note dikeluarkan dari poket seluar Adam. Dia menghulurkan sticker itu pada Aariz. Aariz membaca tulisan yang tertera pada sticker itu.

'Adam taknak balik KL'

Sekali lagi Aariz memandang Adam untuk mencari jawapan kenapa anaknya. Tak pernah pula Adam tak mahu ikutnya pulang ke KL sejak Rania meninggal.

"Kenapa Adam taknak ikut babah balik KL? Adam kan kena sekolah nanti. Ni Babah bagitahu cikgu yang Adam nak cuti 2 hari je. Tak boleh lah macam tu sayang," Pujuk Aariz. Adam tetap menggelengkan kepalanya.

"Biar jelah dia stay kat kampung ni. Airis ada. Abah pun ada. Setakat Adam sorang je kami boleh jaga," Kata Airis.

"Betul tu, Riz. Mungkin dia suka suasana kampung," Kata Tuan Rashdan yang kini memihak pada Adam.

Aariz mengeluh perlahan. Tiba-tiba pula Adam nak duduk di kampung. Selalu Adam tak boleh pun nak berpisah dengan dia. Tapi kalau itu yang Adam mahu, dia ikutkan saja.

"Baiklah, tapi seminggu je tau. Minggu depan Babah balik ambik. Boleh?" Kata Aariz pada Adam. Adam tersenyum gembira sebelum dia memeluk tubuh bapanya itu. Aariz mengukir senyuman melihat Adam yang kembali ceria. Semua kemahuan Adam dia turuti saja.

BUKAN ISTERI PILIHANWhere stories live. Discover now