BAB 2

3.6K 145 2
                                    

Nuha melangkah keluar dari keretanya. Rumah milik Kak Airis di pandang lama. Lama betul dia tak datang sini. Kali terakhir dia datang sini selepas Aariz kemalangan dan kehilangan isterinya. Kalau di lihat keadaan Aariz waktu tu, memang nak pergi peluk je untuk nak tenangkan dia. Tapi HARAM! Aariz memang hampir meroyan setelah kehilangan Rania. Demi anaknya, dia mula berubah dan kembali normal.

"Nuha, jom lah masuk," Panggilan dari Kak Airis menghentikan lamunan Nuha. Dia melangkah menuju ke dalam rumah itu.

"Kau ni berangan apa tadi? Berangan tentang Aariz crush kau eh?" Sempat Intan berbisik sebelum melangkah masuk ke rumah itu.

"Kau ni kan, kan aku dah kata aku dah lama move on," Kata Nuha. Intan pula menjuihkan bibirnya. Ye lah tu move on.

"Nuha, Intan. Duduklah dulu. Kak Airis pergi buat air kejap," Kata Airis pada Nuha dan Intan sebelum mereka berdua mengangguk.

Setelah siap meneliti ruang rumah itu, Airis datang membawa dulang berisi minuman itu. Lama sungguh dia tak datang sini. Intan membetulkan duduknya apabila Airis menghampiri.

"Ada apa Kak Airis nak jumpa Nuha?" Soal Nuha sebaik saja Airis melabuhkan punggungnya.

"Nuha ni macam tak sabar pula." Airis memberikan senyuman pada Nuha membuatkan gadis itu tersengih menayangkan giginya.

"Macam ni, Nuha tahukan yang Kak Airis ada buat perniagaan kecil sebelum ni?" Soal Airis. Nuha seakan berfikir untuk mengingati sebelum mengangguk.

"Kak Airis dah daftarkan perniagaan akak. Jadi banyak benda yang Kak Airis kena buat. So, Kak Airis sebenarnya nak pelawa Nuha jadi pekerja Kak Airis. Nuha nak tak?"

"Kerja dengan Kak Airis? Err Nuha tak kisah pun Kak. Tapi..."

"Nuha risau pasal gaji ke? Kalau pasal tu Nuha tak payah risau. Kita boleh bincang pasal tu," Belum sempat Nuha berbicara, Airis terlebih dulu memotong percakapannya.

"Bukan pasal tu kak. Nuha takut Nuha tak dapat berikan yang terbaik untuk Kak Airis. Nuha bukan reti sangat bab perniagaan ni Kak," Kata Nuha.

"Alah kau ni, Nuha. Semua tu boleh belajar. Alang-alang Kak Airis dah tawarkan tu terima jelah," Kali ni Intan pula bersuara.

Nuha hanya diam kemudian bersilih ganti memandang Intan dan Kak Airis. Dia buntu, bukannya dia taknak terima apa yang Kak Airis tawarkan. Cuma sebenarnya dia ingin mencari kerja di Kuala Lumpur agar senang dia nak berjumpa Iskandar nanti. Tapi rasa bersalah pula kalau tidak menerima tawaran Kak Airis.

"Errr Nuha terima je kak. Tapi boleh tak kalau nanti Nuha nak minta cuti. Sebab Nuha nak pergi KL," Kata Nuha pada Kak Airis.

"Boleh je Nuha," Balas Kak Airis.

"Kau ni Nuha, Kerja pun belum dah minta cuti. Buat apa kau nak pergi KL? Jumpa Is? Buat apa kau nak pergi jumpa jantan tu? Beria sangat kau dekat dia. Entah- entah dia dah jumpa perempuan lain dekat KL tu," Intan kalau sudah bercakap tentang Iskandar memang tak bertapis. Sampai lupa tentang perasaan sahabatnya sendiri. Melihat sahabatnya yang berubah air muka dia kembali rasa bersalah.

"Aku bukan marah kau. Cuba fikir tentang perasaan kau tu juga. Berharap dekat lelaki yang tak kisah pun tentang kau. Aku tak nak tengok kawan aku menderita macam ni tau," Sambung Intan lagi. Ada betulnya juga apa yang Intan bagitahu. Dan itulah tujuan sebenar Nuha nak ke KL. Untuk melihat sendiri apa yang Iskandar lakukan.

"Errr sorry. Kak Airis taknak masuk campur sebenarnya tapi korang gaduh depan akak ni, nak juga lah tahu. Err mind to share?" Nuha memandang Kak Airis.

"Iskandar tu boyfriend Nuha, Kak. Dah masuk 3 minggu dia tak mesej atau call Nuha. Kalau kerja pun takkanlah tak boleh nak text Nuha langsung. Intan ni syak Is tu curang dengan Nuha. Sebab tu Nuha nak ke KL untuk check dengan mata Nuha sendiri." Nuha mula bercerita. Memang dari dulu Nuha selalu juga bercerita tentang masalahnya pada Kak Airis.

BUKAN ISTERI PILIHANWhere stories live. Discover now