Bab 9

3.4K 470 30
                                    

                 EZRAN bangun dari birai katil, menuju ke arah rak buku yang berada di sebelah kanan. Hari ini, dia harus mengajar subjek sains. Maka buku nota Sains yang terletak paling hujung itu dicapai. Dibelek muka surat satu per satu. Mencari topik mana yang belum diajar lagi. Sambil mata melihat ke buku, kaki melangkah menuju ke arah meja kerjanya.

Tiba-tiba pintu bilik ditolak oleh seseorang tanpa diketuk terlebih dahulu. Langsung kepala Ezran menoleh ke belakang. Melihat Zahrin yang berlalu masuk ke dalam biliknya sesuka hati.

"Apa abang nak? Kenapa tak ketuk pintu dulu?" Soal Ezran. Agak dingin.

"Wow. Relaxlah. Aku masuk aje pun. Bukannya nak merompak."

"Mak dah ajarkan, sebelum masuk kena ketuk..."

"Syhh! Kau tak payah ajar aku. Aku tahulah semua benda tu." Potong Zahrin, malas hendak mendengar. Lantas dia melangkah ke arah katil. Dengan selamba melabuh punggung disitu.

Ezran hanya geleng kepala. Apa-apa ajelah, dia pun malas hendak bertekak dengan abang sendiri. Buku nota Sains itu diletakkan ke atas meja. Kerusi ditarik ingin melabuh punggung, namun suara Zahrin terlebih dahulu mencelah. Semerta menghentikan perbuatannya.

"Siapa perempuan semalam yang hantar kau balik tu?" Soal Zahrin. Dia memandang Ezran yang sedang membelakanginya. Entah mengapa, kali pertama wajah wanita itu dipandang. Dia rasa seperti pernah melihat wajah itu suatu ketika dahulu. Dan mungkin ianya menarik untuk diingat semula.

"Tak tahu. Tak sempat nak tanya nama." Balas Ezran, acuh tak acuh. Dia terus melabuh punggung di atas kerusi. Pen dicapai. Sedia untuk menanda topik yang penting untuk dibincangkan.

"Takkan seharian kau dengan dia, sekali pun tak terfikir nak tanya nama?"

"Tak."

"Ke kau sengaja tak nak bagitau aku?" Soal Zahrin. Menguji.

Ezran tidak menjawab. Sudah dikatakan dia tidak tahu, bermakna tidak tahulah. Tiada masa untuk dia berahsia. Hanya nama Aliya sahaja yang sempat ditanya semalam.

Bahkan respon Ezran membuatkan Zahrin berasa tidak puas hati. Langsung dia bangkit dari katil, menuju ke arah Ezran yang sibuk menanda di buku nota.  Terus pen yang dipegang Ezran, dirampas kasar.

"Ish, apa masalah kau ni?! Bagi baliklah!" Ezran cuba untuk mengambilnya semula, namun Zahrin terlebih dahulu melarikan pen itu ke lain.

"Aku tanya tadikan, jawablah!"

"Aku kata tak tahu, kan? Kau pekak ke?!" Bentak Ezran. Amarahnya tidak boleh ditahan lagi.

Zahrin terdiam sejenak. Mata tak berkelip. Terkejut dengan apa yang dia lihat. Tak sampai beberapa saat, dia ketawa penuh sinis. Wow. Tak sangka, Ezran yang dia kenal selama ini pandai memberontak rupanya.

"Dah pandai marah rupanya sekarang ek?"

"Dari dulu lagi aku tahu cara nak marah. Cuma aku tak fikir untuk marah orang sesuka hati." Balas Ezran, acuh tak acuh. Pen yang dilarikan Zahrin tadi dirampas semula. Dia tiada masa untuk bermain-main. Kerusi ditarik, kembali duduk ke tempat asal.

Sekonyong-konyong, Zahrin menjuih bibir. Ceh!

"Apasal dengan kau ni huh? Aku tak pernah tengok kau macam ni. Oh, ini mesti sebab semalamkan? Kau kena marah dengan mak sebab keluar rumah sesuka hati semata-mata nak cari bakal isteri." Katanya penuh nada mengejek.

Ezran diam tidak membalas apa-apa. Sibuk membuat hal sendiri.

Tatkala Zahrin meletus tawa. "Kau ni memang betul-betul tak sedar dirilah. Kau ingat perempuan zaman sekarang boleh ke terima lelaki macam kau? Hidup masih bergantung pada mak ayah? Huh?"

EVAWhere stories live. Discover now