PROLOG

10.8K 692 24
                                    

                     DISEBUAH hotel bertaraf lima bintang, suasana yang mewah dan diiringi muzik tenang violin dan penuh romantis yang dimainkan oleh beberapa ahli muzik profesional. Kawasan buffet yang telah ditempah khas untuk malam sepasang suami isteri itu menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang kedua tahun.

Sepanjang jalan menuju ke arah satu meja yang dipenuhi lampu neon dan lilin ditaburkan kelopak bunga mawar merah yang masih segar. Ditutup mata si isteri dengan kain berwarna hitam, kononnya satu kejutan sambil si suami memegang tangannya saat mengiringi ke meja candlelight dinner mereka.

Debaran terasa kuat. Dari jauh dia dapat menghidu bau wangian yang mengasyikkan.

"Sayang, bila boleh I buka mata ni?" Rungut isterinya, Raudah apabila sudah tidak sabar untuk melihat kejutan di hadapan mata. Dia pun disuruh memakai dress putih yang dikenakan bersama selendang biru cerah. Bahkan diarahkan untuk bersolek cantik-cantik. Sudah pastinya ada sesuatu yang istimewa bakal menyambutnya  pada malam penuh indah ini.

"Sabarlah sekejap. Duduk dulu." Pelawa sang suami bernama Adil, lantas menarik kerusi buat isterinya sebelum wanita itu melabuh punggung di situ secara perlahan-lahan. Penutup mata masih belum dibuka.

Lekas Aidil berlari ke tempat duduknya yang berada di hadapan wanita itu. Kot hitam yang dipakai diperkemaskan terlebih dahulu. Lilin yang berada diatas kek coklat itu turut dinyalakan oleh pembantu yang berdiri di sisi meja mereka sebelum dia meninggalkan sepasang suami isteri itu melayari detik romantis mereka.

"Sekarang... baru boleh buka mata." Katanya, memberi keizinan pada sang isteri apabila semuanya sudah siap.

Dengan rasa teruja, Raudah menanggalkan kain hitam yang menutup sepasang matanya. Mata berkelip-kelip buat beberapa sesaat, tergamam dengan apa yang terhidang di hadapan sebelum kedua-dua belah tangan naik menekup mulut. Terkejut.

"Oh my god, sayang! Sayang buat semua ni untuk Raudah?" Soal wanita itu, masih dalam keadaan terkejut. Tangan dijatuhkan ke meja. Tidak sangka suaminya bakal membuat kejutan begini kepadanya setelah dua tahun perkahwinan mereka berdua.

Aidil mengangguk kepala dengan tersenyum lebar.

"Tentulah. Raudahkan istimewa buat abang? Abang rasa bersyukur sangat sebab dapat isteri secantik dan selembut Raudah. Abang rasa macam..." Sambil berkata-kata, perlahan-lahan tangan Aidil bergerak mencapai sebelah tangan isterinya. Digenggam sambil diusap belakang tangan itu penuh lembut.

"Raudah adalah satu-satunya perempuan sempurna buat abang." Luah suaminya dengan nada romantik.

Tersengih isterinya mendengar pujian berbunga-bunga itu.

"Ya ke Raudah sahaja perempuan sempurna dimata abang? Abang takkan cari perempuan lain?" Sengaja si isteri hendak menguji.

Terjuih bibir Aidil mendengar soalan itu.

"Untuk apa? Raudah seorang sahaja perempuan yang paling abang sayang. Tiada perempuan lain di dalam dunia ini yang sama dengan Raudah." Puji Aidil. Makin mengembang hidung Raudah mendengar pujian pada mulut manis sang suami itu. Kemudian, Aidil pun menarik tangannya kembali.

"Sudahlah. Sayang tiup lilin tu. Abang ada surprise lain pula ni."

"Ada lagi?" Raudah terkesima. Ingatkan cuma ini sahaja kejutan daripada suaminya. Bahkan, ada lagi kejutan yang belum ditonjolkan. Tanpa membuang masa, dia pun meniup tiga batang lilin yang terpacak di atas kek coklat yang bertulis happy anniversary itu.

Semerta, seluruh lampu yang berada di tempat itu terpadam. Gelap gelita.

"Sayang!" Terus Raudah bangun, berlari mendapatkan suaminya akibat terkejut. Lengan kanan lelaki itu dipeluk erat. Apa pula yang terjadi ini? Takkanlah hotel mahal-mahal pun elektrik kena potong?

EVAWhere stories live. Discover now