Bab 1

4.8K 525 111
                                    

                     BEBERAPA TAHUN YANG LALU...

“ARGHHH!"
 
BERGEMA suara wanita menjerit kesakitan di dalam bilik bersalin. Doktor yang ditugaskan untuk menyambut bayi sudah bersedia berada dihujung katil. Bahkan, beberapa misi yang ada turut memberi bantuan kecil.

Berkerut wajah si doktor apabila bayi yang sepatutnya keluar, masih lagi tersekat di dalam sana. Jika dibiarkan, kemungkinan dua nyawa itu tidak dapat diselamatkan. Suasana di dalam bilik itu tak pernah sunyi daripada jeritan. Semua sedang panik.

"Doktor, saya dah bawakan Cik Eva!" Celah misi yang baru muncul bersama seorang wanita muda. Eva namanya.

Tanpa menunggu lama, Eva terus berlari mendapatkan sahabat baiknya yang sedang berperang dengan nyawa sendiri. Dia pun tidak tahu bayi itu akan terlahir hari ini. Sanggup dia merempuh segala lampu isyarat merah yang menghalang semasa di jalan raya tadi semata-mata ingin memberi semangat kepada kawannya, Iris.

"Eva... Tolong aku, Eva... sakit..." Rintih Iris, bergetar suaranya. Dahi tak henti-henti mengeluarkan cecair peluh.
Seluruh tubuh menggigil menahan kesakitan yang luar biasa. Bagaikan tulang belakangnya retak sekaligus, kulit terasa seperti dicarik-carik dengan kuku yang tajam dan bahagian vagina yang seolah-olah hendak terkoyak.

Sungguh, seksanya hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Lekas Eva menggenggam sebelah tangan Iris yang terkapai-kapai ingin mencarinya. Kuat.

"Iris, kau kena kuat iris! Aku ada dekat sini! Tekan sikit sahaja lagi. Jangan takut, aku ada!" Kata Eva, bersungguh-sungguh. Dia sendiri tidak sanggup melihat wanita itu menahan derita. Lebih cepat bayi itu keluar, maka cepatlah kesakitan itu hilang.

Malah si Iris menggeleng kepala dengan penuh pasrah.

"Tak boleh... Aku tak kuat..."

"Jangan cakap macam itu, Iris! Aku tahu kau boleh. Bila aku cakap push, kau tekan kuat-kuat ya?" Arah Eva. Dia tidaklah mahir dalam bidang ini, tetapi mungkin jika dia memberi kata-kata semangat. Semua urusan menjadi lebih mudah.

Iris hanya mampu mengangguk kepala. Air liur ditelan berkali-kali. Sebelah tangan menggenggam cadar katil, menakala sebelah lagi erat pada pegangan Eva.

"Okay, one... two... Three... Push!" Eva mula memberi arahan. Semerta tangannya rasa digenggam kuat. Mata Iris terpejam rapat. Muka berkerut saat dia meneran perut, menolak bayi yang tersekat di dalam rahim itu supaya keluar.

"Erghhh!" Kuat dia mengerang kesakitan. Darah mengalir keluar begitu banyak saat dia menekan dengan kuat.

"Bagus, Iris! Sekali lagi. Push!"

"Erghhh!!! Sakit...."

"Yes! Ada keluar sikit, Iris. Kau kena bertahan sikit aje lagi. Kuatkan lagi tolakan kau!" Ujar Eva, sekejap dia menjenguk ke arah bawah. Melihat ada tanda-tanda bayi itu hendak keluar dari celahan kangkang wanita itu. Doktor yang berada dihujung sudah bersedia ingin menyambut. Salah seorang misi lekas mencapai tuala berwarna putih. Keluar sahaja bayi itu, dia akan terus membalutnya.

"Satu, dua, tiga... sekarang!"

"Arghhhh!!!" Jerit Iris sekuat hati. Menggigil tangannya menggenggam cadar katil. Muka berpeluh-peluh. Gigi terketap-ketap atas dan bawah. Dia menggunakan segala kudrat yang masih tersisa, menekan perut sehingga terasa ada yang bergerak keluar.

Dan kemudian...

Bunyi tangisan bayi memenuhi ruang bilik kecemasan itu. Terus Iris letakkan kepala ke bantal. Turun naik dadanya menarik dan menghembus nafas yang tercungap-cungap. Sedikit demi sedikit tangan yang menggenggam cadar katil itu terbuka. Genggaman pada tangan Eva juga terasa lemah.

EVAWhere stories live. Discover now