•𝐒𝐩𝐞𝐜𝐢𝐚𝐥 𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫•

Magsimula sa umpisa
                                    

Lazen mengangguk. Dia turun dari sofa dan terus pergi ke biliknya.

"You pun, Henry." Usai itu Kalea terus pergi bersama Kyle meninggalkan Henry berseorangan.

────────

Henry sekeluarga masuk ke dalam rumah Elias dan Quirine.

Di dalam sudah ada keluarga Melanie. Maknanya mereka memang lambat, sebab selalunya Melanie yang datang lambat.

"Yow brother!" Melanie meninggalkan anaknya dan menghampiri Kalea.

Yang dipanggil Henry, yang dia pergi Kalea.

"Lama korang sampai. Sini Mian." Melanie mengambil Kyle dari Kalea dan terus duduk semula.

Henry menjeling Melanie menyampah. "Suka curi anak aku! Anak sendiri dah ada padahal."

"Suka hati aku la!" Balas Melanie.

Kalea menggeleng kepala. Bertekak je kerja dua beradik ni. Bajunya tiba-tiba ditarik. Dia melihat Lazen.

"Kenapa?"

"I nak pergi library" beritahu Lazen.

Kalea mengeluh. Ni lagi seorang. "You hari-hari masuk library. Hari ni luangkan masa dengan family tak boleh ke boy? Jarang tau masa ni..."

"Biarlah dia nak baca buku pun. Pergilah Zio, tapi pukul 8 nanti turun tau?" Sampuk Quirine membenarkan.

Lazen mengangguk laju. Dia terus berlari naik tangga.

"Slow slow Zio! Nanti jatuh!" Pesan Kalea.

Lazen tidak menjawab. Sampai di depan library dia terus masuk ke dalam.

Dia berjalan mengelilingi rak-rak yang mengandungi pelbagai buku. Matanya tiba-tiba menangkap satu buku yang menarik perhatiannya.

Lazen terus mengeluarkan buku tersebut. Tapi sebaik saja dilihat,dia menyedari buku itu tidak seperti buku-buku lain, kerana langsung tidak mempunyai tajuk dan nampak lusuh sekali.

Lazen teragak-agak ingin membaca buku tersebut. Dia membelek-belek terlebih dahulu. Matanya mengecil apabila terperasan tulisan kecil.

"The... Story... Of... Princess Bellerose..."

Lazen seakan-akan tertarik untuk membacanya. Dia terus membuka buku surat pertama.

Dia khusyuk membaca tanpa sedar masa telah menginjak ke pukul 8.

"Zio?" Seseorang membuka pintu library.

Lazen tersentak. Dia mengelap air matanya. Terus dia menanda dan menutup buku itu.

"Yes mummy?"

"Jom turun. Makan malam." Ajak Kalea.

"Ok"

Lazen terus berjalan turun dari tingkat atas bersama Kalea. Sampai sahaja di meja makan, dia terus duduk di sebelah Henry.

"Zio, buku apa yang you bawa tu?" Tegur Elias.

Lazen baru terperasan tangannya masih memegang buku tersebut.

"Oh. Abuelo, can I have this book?" Mintanya sopan.

"Buku apa?" Tanya Quirine pula .

"Nothing. Just a fantasy story."

"You can take it. No need to ask me. You also my grandchild."

"Thank you abuelo!" Lazen tersenyum. Dia merenung buku di tangannya.

'What a coincidence...'








The End

Jumpa di kisah Lazen Zionsville pula

Jumpa di kisah Lazen Zionsville pula

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.



𝐇𝐊│Henry's Addiction ✔Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon