surat

343 11 6
                                    

Kehadapan kesatria,

Kewujudanmu merupakan anugerah yang terindah dari semesta kepadaku. Mahu saja aku ungkapan segala puitis khayalanku kepada seluruh penghuni Dunia bahawa Engkau adalah Aku, dan aku adalah engkau. Kita satu. Tiada yang lebih dan tiada yang tercicir. Aku bukan pujangga apatah lagi pendeta. Nukilan ini bukan dari filsafat tetapi dari lubuk jiwa yang paling ikhlas. Ikhlas mendampingi, melindungi, membelai, menemani, menerima dan Mencintai dengan setulus hati. Semesta ini luas dan tidak terbatas, tetapi mengapa aku ditakdirkan untuk bersama denganmu?

?

Pertanyaan ini bukan datang daripadaku, tetapi dari masa silammu sendiri yang engkau selitkan bersama sekuntum bunga yang sudah lama engkau sembunyikan.

Bunga, yang didefinisikan sebagai lembaran kertas yang terakhir.

Ini adalah jawapan kepada pernyataanmu. Dan mungkin juga ini adalah penutup diari Tentang Semesta. Demi Senja, Hujan dan Romantis aku titipkan bait-bait nukilan yang manis untuk Bulanku.

Tetaplah hidup demi Aku dan Semesta.

Yang Mencintai,
Jasmine

Tentang SemestaWhere stories live. Discover now