Bab 13

76 1 0
                                    

"Here we are. Defending them without weapons is like standing in the middle of a battlefield"

Ilhan atau call sign nya Red, sedikit sebanyak berasa kurang senang apabila mereka tidak disediakan dengan senjata yang lengkap.

Dengan kenderaan yang dipandunya ini sudah jelas huruf UN terpampang pada kenderaannya.

"That's what we call 'pemerhati' Red"

Sampuk Adrian yang berada di sebelahnya.

"I know, but at least prepared us with weapons. So, we can get ready if anything happens"

Hanya gelengan yang Adrian berikan. Bukan mereka ke Angola semata - mata berperang, tetapi menjaga keamanan warga disini.

"If you think in that way that's mean you want it happen"

Sampuk Leftenan Luxi Heng. Dia hanya mendengar sahaja perbualan dua rakan setugasnya tanpa memberi respon.

Tetapi kali ini dia perlu membidas kenyataan Ilhan yang menginginkan peperangan berlaku.

Setelah mendengar kata - kata dari Leftenan Luxi Heng, Ilhan terus menafikannya.

"Nope. I'm not think it too far. It's just in case. Don't get me wrong, Sir."

Ilhan memandang sekilas wajah Leftenan Luxi Heng dengan cermin pandang belakang.

Leftenan Luxi Heng hanya menganggukkan kepalanya tanda dia memahami apa yang Ilhan cuba sampaikan.

"Shit! Red! Take a cover!"

Akibat terkejut dengan jeritan Adrian, kereta Land Rover Defender yang dipandunya automatik belok ke kanan.

Terdapat beberapa pengganas negara situ telah berada 2km dihadapan mereka. Pelbagai senjata api sudah lengkap ditangan mereka.

Penduduk tempatan disitu turut dijadikan sasaran. Didapati daripada lima orang, seorang ditembak mati, dua tercedera dan dua orang lagi sempat berselindung disebalik timbunan kapit pasir konkrit itu.

Adrian dan rakan - rakannya terus turun dari kenderaan dan bergegas ke arah mangsa. Ilhan dan Adrian menarik dua orang lelaki yang tercedera pada bahagian kaki ke tempat berlindung dua orang tadi.

Luxi Heng dan Wen Heng Zeo mengangkat mayat mangsa perempuan dan dibawa ke arah Adrian dan Ilhan berada.

Pergerakan mereka sangat pantas sehingga tembakan yang dilepaskan oleh pengganas tidak mengena badan mereka.

"Esse é o símbolo da ONU!" (Itu lambang UN!)

Kata seorang pengganas yang memegang teropong untuk melihat siapakah gerangan yang menyelamatkan mangsa - mangsa tersebut.

“Não atire neles! Nós recuamos primeiro” (Jangan tembak mereka! Kita berundur dulu)

Kata ketua mereka. Tidak mahu mengambil risiko kerana mereka tahu akan kekuatan anggota UN atau dikenali sebagai Persatuan Bangsa - Bangsa Bersatu (PBB).

Luqman yang masih berada diluar kereta terus membuat panggilan.

"Hello, this is KD015. There is a shooting here. We want back up, now!"

Lepas sahaja membuat panggilan, Luqman terus bersembunyi dibelakang kenderaannya. Dia mengintai disebalik cermin dan melihat rakan - rakannya yang sedang membantu mangsa - mangsa tadi.

Shit! Mana back up ni!

Dia hanya mampu menunggu sahaja. Jika dia terus berlari ke arah kawannya, kemungkinan dia akan ditembak. Sudahlah tempat berlindung kawannya berada 500m darinya.









DUA JIWAWhere stories live. Discover now