Bab 10

53 6 0
                                    

"Bye, Ain! Insyaallah ada masa aku jengok kau ya!"

Lambaian terakhir bagi Khaleeda dengan rakan karibnya, Ain.

"Bye! Jangan lupa aku pula! Kalau kau tak datang, biar aku sendiri yang terjah rumah kau. Haha"

Gurauan itu hanya untuk menyedapkan perasaan sedih yang bersarang dihatinya.

Sudahlah Khaleeda ni susah nak jumpa. Lagi - lagi final exam sudah dekat. Lagi payah nak berjumpa.

Tanpa berlengah, Khaleeda terus masuk ke bahagian pemandu. Sempat dia melihat Luqman yang berada disisi Ain buat kali yang terakhir.

Mata mereka bersatu.

Tiga saat berlaku. Barulah Khaleeda menghidupkan enjin keretanya.

Masing - masing mahu meluahkan sesuatu. Namun, akal menegah hati memberontak. Tidak sehaluan hati dengan akal mereka.

Jalan yang terbaik. Mereka memutuskan untuk menghantar pesanan melalui renungan mata.

Tak tertahan lagi perasaan yang berombak kini. Khaleeda terus meluncurkan tayarnya ke luar dari perkarangan rumah banglo besar ini.

Kereta Axia merah itu sudah jauh menghilang. Ada satu rasa dimana seseorang itu mengharapkan pengembaliannya.

Lima minit menunggu. Namun, hampa apabila tiada sebarang tanda Khaleeda mahu berpatah balik.









"Boo!"

Tiada respons malah hanya jelingan maut yang diberi.

Adrian Mikhael menggaru kepala yang tidak gatal. Ingatkan Luqman akan memberi respons dengan kejutannya.

Melihatkan rakannya yang asyik mengelamun itu, terus dia mengambil tempat di hadapan Luqman Hariez.

"Luq, kau okey? Asal semenjak dua menjak ni, aku tengok kau asyik mengelamun aje?"

"Kau ada masalah eh? Meh, story dengan aku"

Adrian Mikhael sedia mendengar segala luahan rakan karibnya. Dia memang seorang pendengar yang baik.

"Nah, nothing. Just terkilan" diikuti dengan senyuman sinisnya.

Luqman Hariez sendiri tidak mengerti mengapa dia berasa sedemikian. Sepatutnya kehadiran gadis itu tidak memberi apa - apa makna dalam dirinya.

Namun, seminggu dua bersama gadis itu, sedikit sebanyak telah membuka hatinya untuk menilai gadis itu dengan sisi yang berbeza.

Aku sudah jatuh cinta ke? Atau suka?

Hatinya berdetik dan laju kepalanya menggeleng bagi menafikan perasaannya.

Adrian Mikhael yang melihat gelengan rakannya makin bertambah pelik?

"Weyh, kau ni betul - betul okey ke tak? Risau lah aku tengok kau macamni"

Adrian Mikhael makin mendesak. Dia ingin tahu apa yang Luqman Hariez pendam dan rahsiakan darinya.

Luqman Hariez kembali menggeleng buat kali kedua. Adrian Mikhael mengeluh perlahan dengan sikapnya itu.

"Dah lah, aku nak balik kem. Kau nak makan, makan lah. Aku tak ada selera."

Luqman Hariez bangun dan keluar dari dewan makan. Seleranya sudah hilang. Mahu melihat lauk pauk pun dia tidak berminat.

Adrian Mikhael hanya menghantar Luqman Hariez pergi dengan pandangan. Dia juga buntu apa yang sudah menyerabutkan pemikiran Luqman Hariez?










DUA JIWAWhere stories live. Discover now