Bab 5

105 6 0
                                    

"Tuan, semua tebusan berjaya dapat diselamatkan seramai 15 orang"

Beritahu Jake sambil menyelak senarai nama pekerja.

"15? Okey, got it. How about the pirates?"

Soal Adrian yang semakin mendekati Jake dengan wajah yang tenang. Tenang hatinya apabila misi kalini sudah berjaya.

"20 all of them. 5 had died." Balas Jake sambil memandang tepat wajah tuannya. Tenang betul muka tuan aku ni!

"Got it. Thanks Misi"

Adrian menepuk dua kali pada bahu kiri Jake. Panggilan Misi adalah untuk Jake. Tidak hairan dia dipanggil Misi kerana dia adalah bekas pelajar Sains Perubatan.

"No, problem tuan." Senyuman manis diberi kepada tuannya.

Ketika itu...

"Yow, Ian. How's your day? You look so happy."

Adrian memusingkan badannya ke arah pemanggil. Dia memakai suit hitam, muka yang ditutup dengan kain hitam dan senjata m4 ditangan.

Pemanggil tadi semakin mendekati Adrian dan Jake. Terasa begitu kuat auranya sehingga tubuh Jake meremang. Adrian berlagak selamba kerana dia juga mempunyai aura yang sama.

"I'm doing fine. Happy? Of course. Mission completed. Why not kita raikan sekejap."

Kata Adrian diikuti dengan ketawa kecil.

"Haha. You're right, buddy. By the way, kau turun padang tak latihan dekat Lumut?"

Soal pemanggil tadi sambil melihat tebusan yang berjaya diselamatkan.

"Lumut? I'll think that later. Aku nak balik JB dulu. One week before the date, I'll inform Tuan Rahman."

Cukup jelas daripada Adrian. Si pemanggil menganggukan kepala tanda dia faham. Dia menjeling ke arah Jake dengan mata sedang menilai.

Jake yang takut dengan pemandangan daripada si pemanggil, mencuit lengan kiri Adrian. Adrian mengalihkan pandangan pada Jake.

"Kenapa?" Tanya Adrian.

"Ke-kenapa di-dia pandang sa-saya macamtu?"

Takut - takut Jake ingin menjawab soalan Adrian. Adrian mengalihkan semula ke hadapan. Dia ketawa kecil melihat gelagat dua orang ini.

"Ke-kenapa tu-tuan gelak? Saya buat lawak ke?"

Jake semakin keliru melihat tuannya yang sudah tergelak. Sudahlah dia tengah seram sejuk ni.

"Sorry. I didn't mean it. Btw, Jake, ni kawan aku. Zulfikar. Leftenan Commander Zulfikar Rasyid. Dia in charge di Kuantan"

Jake menghelakan nafas lega selepas mendengar keterangan Adrian. Owh, tuan aku jugak lah ni. Patut pandang orang lain macam. Detik hatinya.

"Selamat pagi, tuan. Maaf tak tegur dari awal"

"It's okay. Sorry, aku pandang macam nak makan kau. Aku saja nak tengok budak - budak Ian ni macam mana. Bukan senang nak jadi teammates dia. Aku dulu pun berebut nak masuk. Kan, Ian? Hahaha"

Mereka bertiga turut gelak selepas Zulfikar berkata begitu.

"Kau bukan berebut nak jadi teammate aku. Tapi, berebut nak jadi lelaki idaman wanita kadet. So, sekarang ada yang lekat tak?"

Hanya Adrian sahaja yang sakan menggelakkan Zulfikar. Jake? Memang tak lah dia nak gelak pasal tu. Silap - silap kena pancung nanti!

"Kau, kan! Mentang - mentang dia paling hot & top dulu, bukan kemain sindir aku. Cis!"

DUA JIWANơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ