Bab 12: The Only Wish (Part 2)

Comenzar desde el principio
                                    

Tolong periksa halaman rumah! Tolong periksa halaman rumah! Ada sesuatu yang tak kena!”

“Lutfi, aku keluar periksa dulu apa yang jadi kat luar sana,” kata Roger sebelum berlari keluar dari pejabat.

Mataku pula tidak beralih dari wajah Azalea.

“Jadi, apa yang ayah kau nak buat? Bunuh kami semua? Kenapa pula kau nak mati? Kenapa pula kau beritahu aku semua perkara ni?”

Aku mengacukan pistol ke kepala Azalea.

“Sebab, ayah aku dah buang aku dari keluarga. Dia nak bunuh aku. Bagi dia, aku hanya anak tak guna. Dia hantar aku ke sini...”

Azalea membuka jaket yang dipakai. Jelas terlihat, bom pemasa yang diikat pada badan. Tampak seperti diikat rapi. Masih ada dua minit pula sebelum meledak. Kalau aku cuba buang bom itu sekalipun, aku akan menjadi korban

Dia hantar ke sini semata-mata untuk bunuh kau. Letupkan kediaman kau, kepung rumah ni dan bunuh semua pengikut kau.”

Aku memukul meja dengan kuat lalu bingkas dari kerusi. Langsir di belakang diselak. Terlihat beberapa buah kereta hitam telah mengepung kediamanku. Aku yakin, itu Taring dan pengikutnya.

Aku mencapai walkie-talkie di sudut meja.

“Kita dikepung! Kita dikepung! Cepat lari dari sini!”

Bang! Bang!

Aku mendengar beberapa das tembakan dari tingkat bawah. Bahkan, melalui alat komunikasi itu juga. Geng Taring sudah mula menyerang! Aku perlu beredar dari sini!

Tak guna!”

Ingin sahaja keluar dari bilik, tangan kananku dirangkul oleh Azalea.

“Tolong, bunuh aku. Aku tak nak mati dengan bom ni. Aku lebih rela mati di tangan kau daripada mati di tangan ayah sendiri,” rayu gadis itu.

Aku mengetap gigi. Rasa bersalah pula muncul di hati.

“Aku ada rancangan. Ikut saja apa yang aku suruh, aku akan tunaikan permintaan terakhir kau.”

“Aku ... setuju.”

***

Aku tidak pasti apa yang berlaku tetapi aku yakin, mayat-mayat yang bergelimpangan di ruang tamu itu adalah mayat pengikutku. Jasad Roger yang tidak bernyawa juga terlihat di sudut sofa.

MAFIA GAMEDonde viven las historias. Descúbrelo ahora