Bab 6: Revenge (Part 1)

255 69 8
                                    

Jasad Yuri yang berada di atas pengunsung, ditolak masuk ke dalam peti mayat berhawa dingin. Bilik mayat yang bersuhu 12 darjah celsius itu tidak mengigit kulit mereka. Harisya menutup peti itu dengan sayu. Xin yang berada di belakang Harisya dan di sebelah Mikhail, cuba mengaktifkan telefon pintar milik Yuri. Berkali-kali butang telefon itu ditekan. Skrin pula sudah ditatal namun telefon itu tidak aktif.

"Kenapa tak nyala? Rosak ke?"

"Telefon tu akan mati bila pemainnya mati. Itu cara pihak atasan hapuskan identiti pemain. Dia orang nak Mafia Game jadi lebih mengelirukan. Pemain lain takkan tahu identiti sebenar Yuri dan Eden boleh claim peranan Detektif milik Yuri," balas Harisya. Matanya masih menatap peti mayat yang ditutupnya tadi.

Tangan disilang ke dada. Mikhail membuka mulut, "Kau menjawab macam dah tahu semuanya. Aku nak kau jawab soalan aku pula. Kau ... dah main Mafia Game sebelum ni, kan?"

Harisya diam seketika sebelum menghembuskan nafas berat. "Ya, aku dah pernah main permainan tak guna ni. Tapi ... aku ada sebab aku untuk main balik permainan ni."

"Apa peranan kau sebelum ni?" soal Mikhail lagi.

"Kau tahu kenapa ada sepuluh undian sedangkan kita ada sembilan pemain?" tambah Xin pula.

Dengan roman wajah yang serius, Harisya berpaling lalu menatap tajam mata Mikhail dan Xin. "Hanya kau orang berdua saja yang aku percaya sekarang ni. Aku akan beritahu semua yang aku tahu."

*****

Perpustakaan yang sepi tanpa pemain lain itu menjadi tempat perbualan mereka. Xin dan Mikhail duduk bersebelahan, menghadap Harisya di meja yang sama. Ingin mendengar penjelasan daripada mulut Harisya mengenai persoalan yang bermain dalam fikiran.

Harisya menarik nafas dalam sebelum menghembus perlahan. Xin dan Mikhail pula membuka telinga. Roman yang serius dilemparkan ke arah Harisya sebelum gadis itu membuka cerita.

"Aku dah pernah main Mafia Game sebelum ni. Aku juga terima iklan yang sama. Waktu aku isi iklan tu, aku terdesak. Aku hidup seorang diri bandar. Kena sara hidup sendiri. Keluarga aku dah buang aku sebab aku tak ada kerja. Dia orang tak nak tanggung orang yang tak bagi duit dalam hidup dia orang macam aku. Adik beradik aku yang lain ... semuanya dah berjaya. Hanya aku seorang saja yang menyusahkan hidup dia orang..."

"I'm sorry to hear that," ucap Xin.

"Tak apa. Aku pun tak suka keluarga aku. Lagipun, salah aku sebab belajar tinggi-tinggi, habiskan duit mak dan ayah aku tapi jadi penganggur. Aku dah banyak kali dapat interview untuk kerja tapi semuanya tolak aku. Kalau dah ada orang dalam ... budak yang belajar sampai Darjah Enam pun akan dapat kerja. Itulah dunia sekarang. Orang yang berpelajaran tinggi macam aku, aku hidup terseksa sendiri dalam negara yang korup ni.

Aku tak nak berhutang untuk tanggung diri aku. Aku terdesak. Jadi ... aku isi nama aku dalam iklan Mafia Game. Aku ingatkan, tu hanya iklan biasa yang tawarkan kerja dengan syarikat permainan video. Tapi aku salah. Aku diculik oleh beberapa orang lelaki yang tak dikenali di rumah aku. Sedar tak sedar, aku dah ada kat sini bersama lapan orang pemain."

Mikhail menghembuskan nafas kesal sebelum membuka mulut. "Aku tak nak dengar cerita hidup kau. Aku nak tahu, berapa orang pemain dalam permainan kau sebelum ni dan ... ada peranan lain yang kau tahu selain Mafia, Detektif dan Doktor?"

"Kau ni menjengkelkan. Ada sembilan orang pemain. Aku dapat peranan yang sama seperti pemainan kali ni, Protector atau yang kau panggil ... Doktor. Aku menang dengan seorang lagi pemain perempuan. Kami berpakat dan menang. Kami menang tanpa buka pintu ke tingkat tiga, dua, satu dan tingkat bawah. Waktu kami menang, semua pintu tu terbuka. Beg bimbit yang terisi dengan duit, dah ada kat depan pintu keluar. Tapi, televisyen besar yang ada kat tingkat bawah tu beritahu kami sesuatu. Pihak atasan bagi kami pilihan sama ada nak teruskan permainan ni dengan ganjaran dua kali ganda ataupun keluar dengan wang ganjaran."

"Kau pilih nak main permainan ni lagi untuk duit?" soal Xin.

"Kawan aku pilih untuk hidup. Dia tak nak lagi main permainan ni dan nak hidup dengan duit yang dia menang. Tapi, dia perlu tandatangan surat perjanjian. Kalau dia bocorkan apa-apa maklumat tentang Mafia Game, dia akan dibunuh. Sejak dari hari tu, aku dah tak nampak dia lagi. Entah dia hidup ataupun tak kat luar sana. Aku pula teruskan hidup kat sini, seorang diri sampailah kau orang dibawa ke sini. Ini adalah permainan kedua aku. Aku pilih untuk main bukan sebab aku nakkan duit ganjaran tapi aku nak selamatkan semua Villagers. Tapi ... Yuri..."

"Kau masih tak jawab soalan aku. Ada peranan lain lagi yang kau tahu?" tanya Mikhail lagi.

"Aku tak tahu. Permainan aku sebelum ni bukannya lama. Kawan aku tu pula Villager. Apa yang aku tahu, ada dua Mafia."

"Dua Mafia? Maknanya, permainan ni pun ada dua orang Mafia?" soal Xin pula.

"Kita tak tahu berapa ramai Mafia. Boleh jadi bilangan Mafia berubah ikut permainan, boleh jadi tak," balas Harisya.

"Apa yang kau orang akan fikir kalau ada sepuluh undian tapi hanya sembilan orang pemain?" Mikhail membuka mulut. Cuba melakar teori.

"Ada pemain yang kesepuluh?" jawab Xin.

"Aku tak rasa ada pemain kesepuluh. Dua permainan yang aku main, semuanya sembilan orang pemain."

"Sekarang ni, kita dalam Permainan Mafia. Kau orang pernah main Werewolf?"

"Kenapa?" soal Harisya.

"Dalam permainan tu, ada banyak peranan. Dalam Permainan Mafia pula, hanya ada Mafia, Doktor dan Detektif. Kalau ada cakap, Permainan Mafia ni ambil peranan dalam Werewolf ... kau orang percaya?"

"Kau nak cakap..." tidak habis kata-kata Xin, dipotong oleh Mikhail.

"Ya. Ada peranan lain lagi dalam Mafia Game yang kita main ni. Satu-satunya peranan yang boleh undi pemain lebih dari satu undian, hanya satu peranan..."

"Mayor!" laju Harisya mencelah.

"Tepat. Tapi, kita tak tahu siapa orangnya dan kenapa dia tak gunakan undian yang dia ada untuk undi Eden."

"Rasanya, dia terpengaruh dengan surat yang Eden jumpa," teka Xin.

"Itu surat palsu."

"Huh?" serentak Harisya dan Xin bersuara.

Mikhail berdiri dari kerusinya. "Aku akan cerita lebih lanjut nanti." Dia mula melangkah menuju ke pintu keluar perpustakaan. "Aku nak cari maklumat pasal Mayor. Kalau kau orang nak tahu, ikut aku."

"Tunggu kejap!" Harisya mengikuti langkah Mikhail.

Xin yang masih di kerusinya memandang sinis Mikhail dan Harisya. Dia mengetap gigi sebelum berbisik sendiri. "Pandai kau berlakon."


























MAFIA GAMEWhere stories live. Discover now