2

10 1 0
                                    

"..Sembilan? Sembilan kilometer?" Suara Kyra tersangkut-sangkut menyoal semula Ayden yang kelihatan fokus dengan langkahnya. Ayden mengangguk.

"Nine. Neun. Devyat." Tak cukup dengan bahasa asing yang bermaksud nombor sembilan, Ayden siap menunjukkan angka 9 dengan jari jemarinya yang runcing.

"Dude, how come tasik yang cuma tiga kilometer dari sekolah berubah jadi sembilan kilometer? Where are we going actually?" Ayden berhenti melangkah dengan serta merta mendengar soalan yang keluar dari mulut Kyra. Kyra membisu melihat Ayden yang hanya merenung kosong kearahnya.

"I'm telling you, kalau kita lalu jalan raya tadi, we will get caught."

"Kenapa pulak? I didn't do anything wrong."

Ayden menghela nafas pendek. "You didn't but I did. Lelaki yang aku pukul tadi lambat laun will be found anyway. Kau pun tau kan polis yang selalu meronda kawasan hutan ni? Kalau ada saksi yang nampak kita keluar dari hutan ni, benda yang jadi dekat orang tua tadi akan dikaitkan dengan kita. We'll end up in prison, y'know."

"Kenapa kau tenang sangat? Kau dah pernah masuk penjara ke?"

Ayden memasukkan tangan ke dalam poket seluar jeans. Tubuhnya yang hanya dibaluti t-shirt berwarna coklat kelihatan frail di mata Kyra.

"Yeah."

Mulut Kyra serta merta terkatup rapat. Ayden merenung kosong perempuan di hadapannya. Dia yakin yang perempuan itu terkejut, tapi dia tak nampak takut.

"Attempted murder." Tambah Ayden lagi. Dia nampak tak kisah memberi tahu fakta tentang dirinya terhadap orang yang dia sendiri tak kenal.

"So you're a criminal...?"

"Mhm."

Kyra menarik nafas perlahan lahan lalu dihembuskan. Fikirannya yang tadi meronta ingin balik ke rumah sekarang berubah kosong. Headphone miliknya yang dah kehabisan bateri membuatkan pendengarannya fokus dengan bunyi yang terbit dari hutan ini.

"Jom sambung jalan." Ayden menolak perlahan bahu Kyra supaya dia memulakan langkahnya, menuruti Ayden dari sisi.

Setiap sepuluh saat dia mengerling ke arah Kyra yang masih membisu merenung hujung kasutnya yang melekat dengan debu debu tanah. Kyra yang tadi nampak bagaikan ingin menyoal banyak benda, kini tak satu pun patah perkataan yang keluar dari mulutnya. Hanya nafas termengah-mengah yang cuba disorokkan.

Ayden menyeluk tangan ke dalam poket, ingin menarik keluar kotak rokok tapi dia berhenti. Terlupa yang Kyra tak boleh hidu asap rokok. Dia mendongak, merenung langit yang berwarna kelabu kebiruan. Baru dia perasan yang udara di dalam hutan ini lebih menenangkan daripada bandar yang dia selalu duduk.

Bila orang bandar sendiri perasan yang udara dekat dalam hutan lebih baik, tahulah dia yang betapa fucked up tempat yang dia tengah tinggal sekarang ni.

Dari kejauhan, satu lampu jalan menerangi kawasan sekitarnya. Semakin dekat Ayden dan Kyra dengan lampu jalan itu, semakin banyak lampu jalan yang mereka dapat lihat. Mereka sampai di sebuah taman permainan yang kelihatan terbiar. Tak usang, tapi kelihatan terbiar. Bagaikan dah lama tak didatangi oleh manusia.

"Let's get a bit of rest." Ayden melangkah ke arah bangku yang terletak berdekatan dengan taman permainan itu. Kyra duduk di atas buaian, mengayunkan dirinya perlahan-lahan.

"Kau lapar?" Tanya Ayden, nada suara dikuatkan sedikit risau kalau Kyra tak dengar. Tapi disebabkan skala taman permainan yang kecil itu, dia masih mampu mendengar soalan Ayden dengan jelas kalau pun lelaki itu cakap dalam nada yang normal.

"Tak." Balas Kyra. Tapak kasutnya sekali sekala bertemu dengan batu batu kecil di bawahnya.

Dia tak pernah berada di taman permainan waktu malam, jadi dia rasa agak janggal. Janggal sebab dia rasa tenang sangat berada di tempat selain rumahnya sendiri.

"Kau takut dengan aku?" Ayden membuka mulut, ingin tahu apa yang Kyra fikirkan tentang dirinya. Dia dapat lihat Kyra yang kini memandang ke arahnya.

"Tak."

"Oh?" Ayden mengangkat kening.

Kyra mencubit bibirnya, bagaikan sedang was-was ingin berbicara. Ayden hanya menunggu.

"Sebab ayah aku pun pernah masuk penjara."

Ayden tak membalas. Hanya memasang telinga sahaja.

"Dia selamatkan aku daripada kena culik masa aku sembilan tahun dulu. Dia bunuh lelaki tu lepastu dia kena penjara tiga tahun." Terang Kyra sambil bermain-main dengan hujung lengan sweater. Memikirkan setiap saat pengalaman pahit itu yang masih tersimpan kemas dalam memorinya.

"Tiga tahun je?"

"Yeah, the punishment should've been longer tapi dia claim perbuatan dia tu self defense sebab penculik tu pun cuba untuk bunuh dia. It was all caught by a security camera anyway, so he got lighter punishment." Tangan Kyra naik memegang lehernya.

Ayden memerhati tanpa berkelip. Perlakuan Kyra nampak janggal.

"The kidnapper must've done something real bad to you that makes your father involved himself in it, no?"

Kyra memandang tepat ke dalam anak mata Ayden. He's right.

"Kau pandai. He tried to slit my throat when he saw my father tried to save me." Kyra menjatuhkan tangannya. Dia masih ingat darah yang mengalir keluar dari lehernya yang pada masa itu dilukai dengan pisau.

Tatapan ayahnya yang nampak bagaikan ingin hancurkan dunia ini pada masa itu masih bermain di fikirannya. Dia tak pernah nampak ayahnya semarah itu.

Ayden diam. Dia tak mampu berkata-kata walaupun ekspresinya nampak kosong sekarang ini. Tipulah kalau dia kata dia tak terkejut.

"Then let's get you home now. Aku taknak ayah kau salah faham." Ayden bangkit dari bangku yang didudukinya tadi. Tangan menepuk seluar yang dihinggapi debu-debu tanah yang hinggap pada seluarnya disebabkan ditiup angin.

Kyra tak bergerak. Malah dia makin laju bermain buaian. Ayden merenung dengan sedikit kerutan di dahi.

"Get up."

"You think my father will be waiting for me at the porch of my house?" Kyra bersuara sambil tertunduk. Terbit senyuman kecil di bibirnya yang kering. Lipbalm di dalam beg yang fungsinya untuk melembapkan bibir bagaikan tiada guna.

"Of course? It's better that your father don't see us together." Ayden melepaskan keluhan perlahan. Dah kenapa budak ni ragu-ragu pulak nak balik? Takkanlah-

"That's right but he's dead now so it's pointless to be worried of him."

Kata-kata Kyra disambut angin yang meniup pokok-pokok berdekatan mereka dengan kuat sehinggakan banyak daun jatuh berguguran di atas tanah.

Ayden berdiri di tempatnya tak bergerak. "Oh." Oh.

"Anyway you don't want your mom to be worried sick of you right now, right?" Selepas tersedar dirinya yang merenung Kyra penuh kasihan, dia mengajak lagi sekali.

"How can she be worried when she's gone too."

Ayden speechless. Buat pertama kali dalam hidupnya dia speechless. Tangannya yang kini sejuk disebabkan cuaca malam dan t-shirt lengan pendek yang dipakainya. Tangannya naik meraup muka sambil hatinya menyumpah seranah situasinya sekarang.

Dia tak salahkan Kyra sebab betapa janggalnya dia rasa sekarang ini, tapi salah dirinya sebab nak mention pasal mak bapak orang.

"Okay, okay. Let's just go home." Ayden melangkah mendekati Kyra, menepuk bahunya perlahan memberi isyarat kepadanya untuk bangun.

Kyra menurut, senyuman di bibir perlahan lahan hilang.

Dia menarik nafas panjang lalu dihembuskan perlahan. "At least Cosmo will be waiting for me at home."

Kening Ayden terangkat mendengar.

"Oh? That's good, someone's waiting for you."

"Yeah, kucing aku."

Fucking dammit. Ayden ingin menampar wajahnya beribu kali untuk hilangkan perasaan janggal yang makin bertambah dalam dirinya.

covetWhere stories live. Discover now