1

38 2 0
                                    

Cahaya matahari memancar percikan air yang terbentuk daripada batu yang dicampak ke dalam tasik, sehingga membuatkan cecair itu kelihatan transparent.

Batu kecil yang tadi dibaling tenggelam ke dalam dasar tasik sebelum satu lagi menurut tak sampai beberapa saat kemudian. Kyra merenung kosong air tasik yang keruh di hadapannya.

Tangan kemudian meraba poket beg sekolah dan sebungkus biskut dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam mulut. Satu gigitan sahaja mampu membuatkan dia memuntahkan semua biskut yang sekering gurun sahara itu.

Biskut direndam ke dalam air tasik yang berwarna macam teh ais tapi tak ada ais. Hampir satu minit rendam, barulah biskut dissolve dalam air.

Perutnya yang berkeroncong dia hiraukan. Earphone yang dipasang ditelinga tak mampu menenggelamkan benda yang sedang bermain di fikirannya sekarang.

Kyra mendongak, memandang lautan langit yang tak berpenghujung. Sekurang-kurangnya, masalah yang bermain difikirannya tak seluas langit.

Leave by Whirr, menerobos pendengarannya. Kyra menghela nafas panjang sebelum mencapai beg lalu digalas. Apabila dia memusingkan badannya, seseorang berdiri tepat di belakangnya membuatkan dia yang betul betul berada di hujung tasik hampir tergelincir kalau bukan kerana lengan bajunya yang dicengkam kuat.

Jantung berdetak laju diikuti dengan nafas termengah-mengah yang dia cuba sembunyikan.

Tapi nafasnya bagaikan tersangkut melihat seorang lelaki tua dengan misai tebal yang tak dijaga sedang tersenyum lebar. Dua gigi hadapannya tak kelihatan, pandangan matanya kelihatan pelik.

"...Thanks?" Ucap Kyra nak tak nak. Dia cuba menarik tangannya tapi cengkaman lelaki tua itu terlalu erat.

"Lepas boleh..?" Tanya Kyra sopan. Dia ada dua pilihan sekarang kalau lelaki dihadapannya ada niat buruk. Dia jatuhkan dirinya dalam tasik dengan lelaki tua ni, atau pepper spray tepat di mata lelaki tua ini yang berwarna kelabu kemerahan.

Kyra perasan langit senja ingin berubah warna, jadi satu lagi tangan dia mencuba untuk memutuskan cengkaman lelaki itu.

Tak berjaya.

Kyra ketawa nervous dalam hati. Kecut perut.

"Lepas-"

BUKK!

Satu kayu tebal singgah di kepala lelaki itu membuatkannya rebah ke atas tanah yang dipenuhi dengan daun-daun gugur yang berwarna coklat. Kyra angkat muka, memandang seorang lelaki sedang merenung ke arah lelaki itu yang terbaring tak sedarkan diri.

Tapi pandangan Kyra terarah pada kayu si tangan lelaki itu. Calitan darah terdapat pada hujung kayu itu membuatkan bibir Kyra terkatup rapat. Lelaki itu yang perasan, mencampak kayu itu ke dalam tasik.

Burung-burung yang cuba hinggap di atas ranting yang terapung di atas tasik berterbangan.

Kyra renung wajah kosong milik lelaki itu. Dicelah kedua jarinya terdapat sepuntung rokok. Asap dihembuskan ke udara.

"Kau ok?" Dia bertanya tapi tak sedikit pun kerisauan terpapar di wajahnya.

Kyra tahu siapa lelaki di hadapannya ini, tapi jantungnya berdebar terlalu laju untuk dia membalas soalan lelaki itu. Dia masih terkejut dengan apa yang terjadi.

"Kau terkejut." Katanya tanpa dipinta. Lengan Kyra ditarik mendekatinya lalu dia berjalan sambil memimpin perempuan itu.

Kyra membuka mulut tapi tak ada satu pun patah perkataan yang keluar dari mulutnya. Lelaki itu perasan, tapi tak berkata apa apa. Dia menarik Kyra keluar dari kawasan hutan itu tapi berhenti di sisi jalan raya.

covetWhere stories live. Discover now