11 Hours To Boston: Bab 40

Start bij het begin
                                    

•••••••••••••••••••••••••

Essac mengeluh beberapa kali, saat ini, sudah hampir 20 minit dia berpusing di sekeliling barisan bangunan berdekatan dengan galeri lukisan miliknya.

Menurut apa yang dikatakan Dura, Nedine mungkin masih berada berdekatan sini. Jadi, dia tidak putus asa mencari.

Ghaze menelefon menyatakan yang mereka akan cuba cari di kawasan-kawasan lain yang mungkin menjadi destinasi Nedine. Masing-masing juga tidak faham mengapa Nedine begini.

Sama ada dia dilanda masalah dan cuba lari, ataupun dia sesat dan menunggu agar seseorang menjumpainya.

Dalam keadaan samar-samar suara tangisan halus itu buatkan bulu roma Essac mula tegak. Eihh, dekat Boston pun ada puntianak ke?

Dia tanpa berfikir panjang, cuma mencari dari mana datangnya bunyi tangisan itu. Namun, lama-kelamaan, entah mengapa dia rasa itu bukannya puntianak.

Itu Nedine!

Sebaik mata menangkap susuk tubuh yang terduduk di ceruk bangunan dalam keadaan matanya bengkak dan sembab, dia laju mendekati wanita itu.

"Nedine! Astaghfirullahalazim! Kenapa you kat sini? Kenapa tak jawab call Dura? You tahu tak kitorang semua risaukan you?"

Suara Essac naik seoktaf buatkan Nedine makin terasa hati. Makin laju limpahan air matanya mengalir. Essac mula kelihatan cuak. Sejujurnya, dia tiada niat ingin marah Nedinena, tetapi, dia cuma lega apabila dia sudah jumpa Nedine.

"J...janganlah marah! You pun sama je! Semua jahat! Semua sama!"

Essac agak terkejut melihat Nedine campakkan telefon bimbit yang sememangnya sudah berkecai di hadapan mereka. Jadi, sebab itukah Nedine tidak jawab panggilan?

••••••••••••••••••••••

"You nak pergi klinik?"

Gelengan diterima sebagai jawapan. Sedari tadi, tiada sepatah pun bicara yang keluar dari mulut Nedine sebaik dia berhenti mengalirkan air mata.

Matanya sudah sembab dan bengkak. Rasanya dia berhenti menangis kerana penat, bukan kerana dia memang ingin berhenti.

"A..apa yang jadi? Sesiapa sentuh you ke dekat ceruk bangunan sana tadi? Macam mana you boleh ada dekat sana?"

Bertubi-tubi Nedine diserang dengan soalan. Namun, tidak satu pun daripada serangan soalan itu, dibalasnya.

"Nedine... Apa yang jadi? Cuba bagitahu, jangan diam macam ni, you buat I risau." Essac terus memujuk. Lihat daripada gaya, Nedine sedang menyembunyikan sesuatu. Masalahnya, disebabkan hal itu, dia tidak keruan sehingga menangis begini. Essac pula yang tak senang duduk dibuatnya.

"I benci ibu abah."

Sipi-sipi saja suara halus itu menikam telinganya. Dia kerling kembali wanita di sisinya itu. "A..apa?" Lembut dia lontarkan soalan.

"I benci ibu abah I! Diorang jahat! Diorang desak I! I benci diorang!" Dia lepaskan semuanya dengan menjerit kuat sehingga studio lukisan Essac bergema dengan jeritannya itu.

Essac terdiam sejenak melihat keadaan Nedine yang begitu serabut. Dia tidak pasti apa yang sudah berlaku, tetapi, dia yakin, masalah Nedine kali ini, amat berat.

"Nedine... Cuba beritahu I sini hmm? Apa parents you buat?" Pujukannya begitu halus. Suaranya sangat sopan dan lembut terselit juga nada menenangkan di balik ayat itu.

"D.. diorang paksa I kahwin dengan lelaki lain! I tak nak!" Makin kuat raungannya bergema di situ. Bukan dia saja rasa sakit. Tiba-tiba juga Essac rasakan benda sama. Dia juga sakit kalau Nedine benar-benar akan dikahwinkan dengan lelaki lain.

"Kau betul tak nak balik sekali dengan aku?" Ghaze menepuk baru rakannya itu sambil dia sibuk bertanya. Alvin geleng kepala dan menyatakan tidak.

"Aku balik sendiri. Lagipun Essac dah jumpa Nedine, jangan risau, semua ok.. no worries ok?"

Sempat dia pujuk Dura yang kelihatan resah memikirkan tentang rakannya dengan ayat itu. Berjayalah juga senyuman terbentuk di bibir itu.

Kini, tinggalah Dura dan Ghaze berdua di tepi jalan. Untuk seketika, Ghaze rasa Alvin sengaja balik awal, jangan-jangan dia sengaja rancang untuk biarkan Ghaze dan Dura berdua.

Dasar chipmunk!

"Tengku? Tengku?" Teguran halus Dura yang masih berdiri di sisinya, buatkan lamunannya hilang serta merta. Dia kerling ke kiri.

"K..kan I dah kata, tak payah panggil I macam tu.."

Dura senyum sendiri. "Maaflah, I dah terbiasa. Dulu pun, I panggil you Tengku." Jawabnya.

Ghaze senyap. Kenangan mereka semasa masing-masing berumur 11 tahun dahulu berulang tayang kembali di benaknya.

"Y..you memang nak jadi janggal macam ni dengan I sampai bila-bila ke?" Soalan jejaka itu, buatkan dia hilang fokus. Emosi mula memakan diri.

"Kalau itu yang perlu.." Sipi-sipi dia menjawab. Ghaze raup wajahnya. "Estela apa khabar?" Dura kerut dahi. Ini sengaja atau apa?

"K.. kenapa kena buka pasal dia?" Dura kedengaran sedikit marah. "Saja. Nak tahu khabarnya." Dura menunduk lemah. "Sihat." Sepatah. Cuma sepatah.

Ghaze terangguk-angguk. "Dura.. sampai bila kita nak macam ni? You lupa siapa I pada you 18 tahun yang lepas? We were bestfriend. You tahu kisah I. You kenal I. Tapi sekarang jadi tak adil! I tak tahu kisah you."

Dia mula kedengaran sebal.

"Siapa yang rogol you? Siapa yang berani sentuh you?" Dalam tidak sedar saja, gugur air mata Dura. Terhinjut-hinjut bahunya saat tangisan semakin kuat.

"I minta maaf I lambat perasan you.. I minta maaf I lambat jumpa you macam yang kita pernah janji." Sapu tangan putih bersaiz kecil digunakan bagi mengesat air jernih yang membasahi pipi merah wanita itu. Sejujurnya, Ghaze ingin tahu semuanya tentang kehidupan Dura Elayni sepanjang tempoh ketiadaannya di sisi wanita itu.

Bukan kerana Dura seorang pramugari cantik Turkish Airlines yang sudah buat dia jatuh cinta. Tetapi dia memang cintakan Dura Elayni sejak 18 tahun yang lalu.





    BERSAMBUNG...

Maaf kalau typo, sy try update lagi sebelum exam week start ya.. lepas tu nak focus free ebook sekejap..




11 HOURS TO BOSTON ✓Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu