"I will take revenge," ujar Daniel. Dia ambil jarum cucuk lalu dia cucuk pada lengannya. Dia pejamkan matanya. Bagai ada satu rasa yang mengalir ke saraf otak dia yang mampu mengkhayalkan dia buat seketika.

"Kakak," panggil Daniel. Dayana toleh memandang adiknya kemudian dia tersenyum, "kau nak apa Daniel? Hihi. Muka ketat je. Stres tak dapat Sarah? Hahaha Sarah bukan nak kau pun. Macam mana anak aku tak nak aku," ujar Dayana.

"Kita kena ambil Eryan untuk sengsarakan hidup Ziyad dan Sarah." Daniel sandarkan tubuhnya pada sofa. Dia pejamkan matanya sekali lagi. Dia sudah mula rasa khayal.

"Macam mana kau nak amik dia, setan? Sistem keselamatan dia sangat ketat. Kau tu orang biasa je budak. Baru berada di fasa pertama terus mati kau." Dayana berhenti membelai rambutnya. Dia hela nafas berat.

"Aku surrender."

"Secepat itu?" Soal Daniel. Dayana anggukkan kepalanya. Dia sudah pasrah. Tak ada guna lagi dia cuba untuk merebut Eryan daripada Ziyad. Ziyad tetap tidak membenarkan. Dayana sedar silap dia dulu. Jadi, dia berserah sekarang.

"Ya Daniel. Aku dah penat. Apa nak jadi, jadilah."

"Bukan pada aku," ujar Daniel kemudian dia tatap dinding kosong itu. Dia senyum sinis. Diusap gambar Sarah yang ditampal pada dinding itu.

"Ouh sayang..." Daniel ketawa.

"Kau akan mati!"

***

ZIYAD dan Sarah sama-sama mendiamkan diri di dalam kereta. Ziyad kekalkan ekspresi beku pada wajahnya sambil memandu. Tangan kirinya setia menggenggam kekura tangan isterinya.

"Abang..." panggil Sarah dengan nada yang sungguh lembut. Ziyad jungkit keningnya. Dia masih kekal memandang hadapan.

"Kenapa sayang?"

"Kita dah berapa bulan kahwin..." Sarah hela nafas berat.

"Abang tak ada tanya pasal anak pun." Ziyad terkebil-kebil. Bukan dia tak mahu anak bersama dengan Sarah cuma... dia faham tugas Sarah sebagai seorang peguam. Dia tidak mahu Sarah rasa terbeban dengan kerja dan juga kehidupan dia sebagai isteri.

"Abang tak nak anak dengan Sarah ke?" Soal Sarah lagi. Ziyad gelengkan kepalanya. Dia usap kekura tangan isterinya.

"Sayang... abang..."

"Abang tak cintakan Sarah ikhlas ke?"

"Abang nak... anak dengan sayang." Ziyad berhentikan keretanya sebaik sahaja lampu isyarat bertukar warna. Ziyad kerling Eryan yang tertidur di belakang itu.

"Abang nak anak dengan Sarah. Abang pun ada keinginan nak anak ramai-ramai tapi abang faham... kerja sayang..."

"Kenapa dengan kerja Sarah pun?"

"It was too extreme sayang. Abang tak nak sayang rasa terbeban."

"Sarah rasa terbeban bila Sarah tak mengandung abang. Rasa macam Sarah ni tak dapat nak jalankan tugas sebagai seorang isteri. Dayana boleh bagi abang anak. Tapi Sarah tak dapat nak bagi abang anak. Sarah cemburu." Ziyad lihat tepi wajah Sarah.

"Sayang..."

"Nanti Sarah kena compare dengan umi lagi. Sarah tak suka dan rasa Sarah gagal jadi isteri abang."

Ziyad HayderWhere stories live. Discover now