DEAR MR | 34

34 16 3
                                    

Chap ni agak panjang..dan ada unsur 18+, jadi diminta agar kalian yg masih dibawah umur untuk berjaga-jaga dengan kata-kata dan juga perbuatan. Jangan ditiru aksi yang tidak mendatangkan manfaat dan kemudaratan fikiran kalian.

* * *

Yeoreom berjalan kearah meja jungkook dengan ragu-ragu tatkala melihat lelaki itu sedang mengemas barang untuk segera pulang memandangkan waktu persekolahan sudah tamat.

"Jungkook" seru yeoreom. Namun seperti biasa, panggilan oleh dia pasti di abaikan jungkook.

Yeoreom kemam bibir rapat. Langkahnya di buka sehingga berada di hadapan meja lelaki itu.

"Hari ni, aku kerja macam biasa...erm, kau nak teman?" Tanya yeoreom.

Jungkook kekal diam sambil tangannya lincah memasukkan buku-buku kedalam beg silangnya.

"Jungkook...aku tan-"

"Tak" cantas jungkook terlebih dahulu tanpa memandang kearah yeoreom.

Yeoreom kemam bibir lagi.

"Kalau kau tolong hantar aku boleh? Hari ni aku tak bawa basikal-"

"Tak ada masa" sekali lagi jungkook mencantas.

Seusai mengemas barang, jungkook bingkas bangun dari duduk lalu menolak kerusi masuk kebawah meja. Bersiap-siap untuk bergerak pergi meninggalkan kelas.

"Jungko-"

"Saya boleh tolong hantar kan awak"

Lengan jungkook, yeoreom pegang sehingga membuatkan langkah lelaki itu terhenti. Juga entah dari mana, susuk tubuh yeonjun datang dan mencelah. Tertoleh jungkook dan yeoreom serentak memandang pada empunya suara.

"Ha?..."

"Tadi awak cakap awak tak bawa basikal kan. Tak apa, saya bawa motor...saya boleh tumpangkan awak". Pelawa yeonjun ramah.

Mendengar kan itu membuatkan jungkook senyum sinis. Lengannya yang dipegang yeoreom, dia lepaskan.

"Hmm, pergilah dekat dia. Dia boleh tumpangkan kau kan?" ujar jungkook pada yeoreom. Tajam anak matanya merenung kedalam anak mata hazel milik yeoreom.

"T..tapi"

"Pergi dekat dia...Tak payah balik dan tak payah jumpa aku lagi" cantas jungkook dengan nada sinis.

Yeoreom tercengang dengan kata-kata lelaki itu.

"Jungkook..." Lengan jungkook, yeoreom ingin raih semula, tapi jungkook terlebih dahulu tepis dan mengorak langkah untuk meninggalkan kelas.

Namun, belum kakinya melangkah keluar dari pintu, tiba-tiba lelaki itu di datangi oleh hwang yeji.

"Jungkook.. jungkook.." panggil yeji kalut-kalut sehingga membuatkan langkah jungkook terhenti di hadapan muka pintu.

"Hari ni kita ada study lagi kan? Boleh tak awak tolong tumpangkan saya, alang-alang tu boleh pergi study terus" soal yeji.

Jungkook gumam sahaja bagi mengiyakan kata-kata yeji.

Yeji tersenyum suka.

"Jom, awak boleh tumpangkan saya kan?". Tanya yeji lagi.

Jungkook diam sesaat, tanpa berfikir lagi dan membazirkan waktu, terus pergelangan tangan milik yeji, jungkook raih dan membawa gadis itu pergi.

"Jom" kata jungkook. Mereka terus melangkah pergi dari kelas.

Perbuatan jungkook membawa yeji pergi dengan berpimpin tangan tadi ditonton saja oleh yeoreom. Gadis itu terdiam seribu bahasa, tercengang serta-merta.

Dear Mr [slow update]Where stories live. Discover now