DEAR MR | 20

32 18 0
                                    

"jungkook" panggilan seseorang menyentakkan jungkook yang sedang berjalan. Laju lelaki itu menoleh memandang empunya suara.

"Apa?" Soal jungkook. Lehernya di rangkul oleh orang itu.

"Yeoreom mana?" Jungkook pandang pelik.

"Kenapa kau cari dia?" Soal jungkook balik.

Lelaki itu senyum. Sambil berjalan dan berdamping, mereka berjalan bersama menuju ke kelas.

"Tak lah...tadi aku ada nampak dia dengan yeonjun dekat belakang sekolah...diorang buat apa?"

"Study" jawab jungkook sepatah. Langkah kakinya dipandang, kedua belah tangan menyelup kedalam poket seluar. Dia langsung tidak berminat untuk berborak tentang ini.

Lelaki itu angguk.

"Yakin ke diorang study?...aku tengok macam ada...something wrong je gf kau dengan yeonjun tu"

Serta merta langkah kaki jungkook terhenti. Kepalanya laju menoleh memandang lelaki di sebelah dengan riak hairan.

"Apa maksud kau ni? Apa yang kau cuba nak sampai kan?" Nada jungkook mula berubah datar. Nak marah ada, terkejut pun ada.

"Tak aku...nampak macam ada something wrong je sejak-sejak yeoreom dengan yeonjun tu study sekali. Kau tahu kan, ramai pelajar dekat sini sukakan gf kau tu...mana tahu yeonjun-"

"Ya aku tahu...tahu lama dah. Yeonjun tu memang suka dekat yeoreom pun"

Jungkook terlebih dahulu mencantas kata-kata lelaki itu.

Haihhh bosan lah dia dengar cerita yang sama saja. Seolah-olah macam menghasut dia pula untuk menyangka yeoreom yang bukan-bukan.

"H..habis tu? Kau buat rileks je ke?"

Jungkook angguk sahaja tanpa riak.

Lelaki itu sudah beriak pelik dan hairan. Gilalah, boyfriend jenis apa ni.

"Bruh..kalau aku la en, panas dah punggung tengok gf sendiri dengan lelaki lain".

"Habis tu kau nak suruh aku buat apa? Marah yeoreom? Tuduh dia yang bukan-bukan? Macam tu?. Duhh, aku percayakan dia lah. Dia takkan tipu aku" kata jungkook. Sesekali dia hela nafas panjang. Lengan lelaki yang merangkul lehernya, dia alih.

Bila mamat ni nak blah eh?. Rimas...

"Haihh...aku bukan apa jungkook, aku takut je kalau yeoreom tu ada sorokkan sesuatu dari kau. Kita sebagai lelaki as boyfriend ni, kena hati-hati tau. Banyak dah kes curang ni. Kau je tak tahu sebab kau terlalu percayakan yeoreom, sayang sangat dekat dia, letak sangat harapan seolah-olah dia takkan menipu kau. Aku bukan nak burukkan awek kau, Tapi...tadi aku nampak yeonjun macam cuit awek kau. Itu pasal aku bagitahu...." Kata lelaki itu panjang lebar.

Dia nampak, kemesraan yeoreom dengan yeonjun tadi selepas membuat rondaan. Nampak macam biasa tetapi, agak lain kalau orang nampak.

Jungkook diam. Wajah lelaki itu dia pandang tanpa berkata apa-apa. Takkan lah yeoreom tipu? Mustahil. Tapi tak salahkan kalau dia pergi tengok. Mana tahu kalau betul yang yeoreom-

"Diorang kat mana tadi?"

"Belakang sekolah dekat-"

"Ok thanks"

Belum sempat lelaki itu menghabiskan ayatnya. Jungkook terlebih dahulu membuka langkah meninggalkan lelaki itu di situ.

Terkebil-kebil di buatnya tatkala melihat langkah Jungkook yang tergesa-gesa.

[H] Dear Mr Where stories live. Discover now