DEAR MR | 25

32 16 0
                                    

"omma, Jungkook dah balik" kasut yang tersarung pada kaki, di buka dan disusun pada rak yang tersedia di luar. Lalu dia melangkah kedalam rumah mencari susuk puan jeon.

"Ouh, dah balik? Lewat nya?" Tanya puan jeon sesampainya dia di muka pintu.

Jungkook angguk, tapak tangan si ibu di raih lalu dikucup.

"Haah, teman yeoreom pergi tempat kerja dia tadi. Itu yang lewat sikit" kata jungkook.

Puan jeon terngangga kecil.

"Eh, yeoreom dah start kerja ke? Bukan haritu kata cuti sampai habis periksa dulu baru sambung balik? Kenapa? Tak cukup pekerja ke?" Tanya puan jeon.

Itu yang dia hairan. Haritu kata lepas dah ambil periksa baru nak sambung kerja semula. Ini belum lagi periksa dah masuk kerja.

"Entah, dia tu rajin terlebih. Katanya rindu nak buat kek lah apa lah. Itu yang sambung kerja balik". Jawab jungkook.

"Boleh ke fokus dua kerja dalam satu masa? Omma bukan apa, risau je. Nanti stress macam mana? Periksa kamu berdua dah tak lama." Kata puan jeon risau.

Yeoreom tu jenis cepat penat, cepat letih. Risau pula jika gadisnya itu terlampau fokus pada dua kerja dalam satu masa akan menyebabkan stress.

"Alah, tak pe omma. Yeoreom tu pandai bahagi masa. Lagipun itu kan pilihan dia. Kita bukannya boleh buat apa selain sokong minat dia. Omma pun tahukan yeoreom tu kalau dah minat dengan something yang dia suka tu macam mana? Obsess teruk" jungkook menguntumkan senyuman pada puan jeon, sesekali bahu si ibu diusapnya bagi menenangkan wanita itu.

Puan jeon senyum sebaris. Dia angguk sahaja mengiyakan kata-kata jungkook.

Ya, sebagai seorang ibu dia harus menyokong apa saja yang anaknya minat. Walaupun yeoreom itu bukanlah dari darah dagingnya tapi sudah menjadi tanggungjawabnya sejak dia membesarkan yeoreom dari yeoreom kanak-kanak sehingga sudah menjadi anak gadis.

"Omma jangan risau. Jungkook ada, nanti kalau dia ada masalah atau apa ke. Jungkook boleh tolong dia" kata jungkook lagi.

"Kalau tak ada apa-apa. Jungkook naik dulu" pamit lelaki itu ingin membuka langkah.

"Iyelah..pergi mandi. Busuk je dari tadi" belakang tubuh jungkook ditepuk manja oleh puan jeon. Sengaja mahu mengusik anak tunggalnya itu. Jungkook ketawa kemudian dia angguk.

"Ouh, omma... jungkook lupa nak bagitahu. Kejap lagi yerin nak datang rumah. Macam biasa, study" sempat jungkook memberitahu pada si ibu yang masih berdiri di tingkat bawah manakala jungkook pula sudah berada di tengah anak tangga.

Puan jeon hela nafas panjang.

"Haihh....iyelah" jawab puan jeon.

Selepas mendapatkan jawapan dari si ibu, jungkook kembali membuka langkah menaiki anak tangga menuju ke bilik.

"Hmmm" puan jeon gumam panjang. Sekilas dia pandang pada tangga yang menyambung tingkat atas dan bawah bagi melihat arah yang di lalui jungkook sebentar tadi.

Puan jeon memeluk tubuh.

Dia... sebenarnya tidak berapa suka bila si yerin itu study dirumahnya. Lagi-lagi perilaku gadis itu agak mencurigakan apabila berada dekat dengan anak lelakinya, jeon jungkook.

"Harap-harap semuanya baik-baik saja".

* * *

"Huhhh" sudah kali ketiga jungkook mengeluh. Dari tadi, tidak lepas anak matanya dari merenung pada skrin telefon, menantikan balasan mesej dari yeoreom.

[H] Dear Mr Where stories live. Discover now