Bab 5

47 3 0
                                    

Not edited !

Di dalam flight

Akarin berasa badannya dipegang oleh seseorang. Lantas, dia membuka matanya untuk melihat siapakah gerangan orang yang memegang bahunya itu.

Rupa-rupanya, seorang pramugari perempuan yang sedang berdiri disamping Akarin.

Dia menghadiahkan satu senyuman manis kepada Akarin.

"Ya, ada apa?" soal Akarin kepada pramugari perempuan itu sambil membalas senyumannya itu.

"Saya minta maaf kerana menganggu tidur cik. Tetapi saya terpaksa gerak cik sekarang waktu makan. Maafkan saya lagi sekali cik." balas pramugari itu dengan nada serba salah dan meminta maaf kepada Akarin.

"Eh tak apa, bukan salah awak pun. Itu memang tugas awak, saya tak salahkan awak. Thank you for wake up me because of lunch time." ucap Akarin ikhlas kepada pramugari itu untuk dia tidak salahkan dirinya tentang telah kejutkannya tadi.

"Okay, you're welcome. Enjoy your meal." kata pramugari itu sambil memberikan senyuman manis kepada Akarin.

Selepas pramugari itu pergi, Akarin membaca doa makan dan terus menjamah makanan yang dihantar tadi. Banyak makan juga si Akarin ini tetapi beratnya susah untuk naik.

Setelah 20 minit, Akarin sudah habis makan dan dia mahu bangun pergi ke tandas untuk mencuci tangannya. Dia berjalan menuju ke tandas dalam flight itu.

Tiba-tiba, kedengaran suara seorang perempuan yang sedang memarahi seseorang. Apabila Akarin sampai disitu, terlihat dua susuk tubuh badan sedang berdiri di hadapan tandas.

Seorang perempuan yang tinggi separas leher lelaki itu dan cantik.

Manakala lelaki itu pula tinggi lampai, kacak dan mempunyai anak mata berwarna air biru laut. Memang menambahkan kekacakkan pada dirinya.

"Handsome juga mamat ni. Astagfirullahalzim, Akarin! Tak baik tenung anak teruna orang macam tu." puji Akarin dalam hati tetapi tanpa sedar dia sudah terlanjak kata. Sempat dia mengucap, HAHAHA.

Mereka yang perasan seperti ada seseorang sedang memerhati percakapan tadi. Dan menoleh ke arah Akarin sedang terkaku berdiri ditempatnya. Terasa sunyi bagaikan tiada apa-apa berlaku.

"Hmm, boleh saya tanya? Kenapa cik marahkan dia ya?" soal Akarin dan matanya memandang silih ganti antara perempuan dan lelaki itu.

"Dia tumpahkan coffee dekat baju I. Habis kotor baju I ni, I beli mahal tau! I nak lelaki ni ganti rugi baju I!" kata perempuan itu dengan suara amarahnya.

Lelaki itu tidak berkatakan apa-apa dan matanya memandang ke arah lain. Seolah-olah dia tidak bersalah tentang hal tertumpahkan air coffee itu.

"Okay, kalau macam tu cik nak berapa ganti rugi untuk baju cik ni? Saya akan bayar dan kalau nak pakaian persalinan untuk sementara waktu ni saya ada. Sementara cik nak beli nanti." balas Akarin sambil menawarkan ganti rugi kepada perempuan itu.

Lelaki itu memandang ke arah Akarin. Dia memandang lama dan meneliti wajah cantik gadis itu. Dari riak wajah gadis, dia memang ikhlas untuk menolongnya.

"You banyak duit sangat ke nak bayar baju I ni?! Baju I ni harga mahal tau." jerkah perempuan itu kepada Akarin dengan nada sindiran.

"Cik, ingat saya tak ada duit ke? Kalau saya tak ada duit, buat apa saya naik flight kelas pertama dan bukan kelas ekonomi? Ke cik ni yang naik flight kelas ekonomi?" bidas Akarin kepada perempuan itu.

The Darkness Of Mafia | OG  Where stories live. Discover now