BAB 1

238 8 0
                                    

Not edited !

HARI ini merupakan hari terakhir aku berada di Malaysia. Malam nanti aku akan kemaskan barang, pakaian dan alat kelengkapan belajar serta beg latop aku juga tidak dilupakan untuk dibawa ke sana. Oh, mesti korang nak tahu kan sebab apa aku sambung belajar diluar negara kan? Disebabkan aku ingin menunaikan hasrat papaku yang sudah lama mahukan aku sambung belajar di sana.

Sambil aku mengemas barang, tiba-tiba kedengaran pintu bilik aku dibuka dari luar dan membuatkan aku sedikit terkejut. Aku menoleh ke arah pintu bilik dan ternampak susuk tubuh mama sedang berdiri di depan pintu bilik sambil tersenyum ke arah aku . Mama menghampiri aku dan melabuhkan punggungnya di atas katilku.

"Dah siap kemaskan barang ke , Akarin?" soal Puan Sri Datin Melissa mama kepada Akarin.

Akarin memusingkan badannya menghadap ke arah Puan Sri Melissa yang sedang duduk di atas katilnya. Dia berjalan ke arah mamanya dan melabuhkan punggungnya disebelah kiri Puan Sri Datin Melissa.

"Ya , mama. Akarin baru siap kemas barang. Kenapa mama tanya?" soal Akarin kepada mamanya.

Berkerut dahi Puan Sri Datin Melissa apabila mendengar soalan itu dari mulut anak perempuan tunggalnya . Hati ibu mana yang tidak berasa sedih apabila terpaksa melepaskan satu-satunya anak perempuan tunggal mereka yang akan pergi belajar jauh nanti.

Miura Akarin merupakan anak perempuan tunggal kepada Tan Sri Dato Arman dan Puan Sri Datin Melissa . Dia satu-satunya pewaris kepada syarikat papanya iaitu The Luis Empire dan pewaris sulung keluarga Luis .

Mesti korang tertanya-tanya kan apa itu keluarga Luis? Tunggu Tan Sri Dato Arman menceritakan kepada Akarin suatu hari nanti.

"Ya lah , nanti Akarin sambung belajar jauh dari mama. Tinggal mama, papa, Mak Lila dan Pak Hamid je nanti." kata Puan Sri Datin Melissa yang ayatnya kedengaran sedih itu.

Akarin yang mendengar kata-kata mamanya itu turut rasa sedih juga. Dia juga tidak ingin berjauh atau berpisah dari mereka. Tetapi ini adalah keinginan papanya. Tan Sri Dato Arman mahukan yang terbaik untuk Akarin kerana suatu nanti dia akan memikul satu tanggungjawab yang besar.

Akarin menghampiri mamanya dan memeluk erat tubuh badannya. Puan Sri Datin Melissa sedikit terkejut dengan perbuatan anak perempuan tunggalnya itu.

"Ala, mama ni. Tak mahu lah sedih macam ni. Kalau mama sedih, Akarin batalkan semuanya lah." ujar Akarin dengan mulutnya sudah dimuncungkan kedepan. Puan Sri Datin Melissa tersenyum melihat telatah anak perempuannya itu.

"Eh, mama gurau je lah sayang. Akarin pergi belajar jauh pun sebab mama dan papa juga. Nantikan Akarin akan jadi CEO Luis Empire selepas papa. Akarin kena belajar betul-betul bila kat sana nanti." jawab Puan Sri Datin Melissa kepada anaknya sambil memberi kata-kata semangat.

"Hmm mama? Boleh Akarin tanya sesuatu tak?" soal Akarin kepada mamanya.

"Boleh sayang, nak tanya apa
? Tanya aje lah insyaAllah mama akan jawab." kata Puan Sri Datin Melissa kepada anaknya.

"Berapa lama Akarin akan sambung belajar kat sana, mama?" soal Akarin sambil badannya tepat menghadap ke arah Puan Sri Datin Melissa.

Berkerut dahi Puan Sri Datin Melissa apabila mendengar soalan itu. Dia ingatkan soalan selain dari pembelajarannya.

"Lah, mama ingatkan Akarin nak tanya soalan selain dari belajar. Mungkin 4 tahun Akarin berada kat sana. Kalau pasal rumah dan kereta semua tu, Akarin tak perlu risau sebab papa dah uruskan semuanya kat sana." jawab Puan Sri Datin Melissa dengan panjang lebar kepada persoalan anaknya itu.

Tiba-tiba perbualan mereka berdua terhenti apabila mendengar pintu bilik diketuk beberapa kali dan kepala mereka menoleh ke arah pintu bilik tersebut. Ternyata Tan Sri Dato Arman yang berdiri disitu sambil mengukir senyuman manis apabila melihat dua buah hatinya yang sedang berbual
.

Tan Sri Dato Arman masuk ke bilik anaknya itu dan berjalan menuju ke arah Puan Sri Datin Melissa dan Akarin yang duduk di atas katil itu. Dia menghampiri mereka dan melabuhkan punggungnya di sebelah kanan Akarin manakala sebelah kirinya pulak adalah Puan Sri Datin Melissa.

Lalu Tan Sri Dato Arman bertanya kepada anaknya itu.

"Kenapa anak kesayangan papa ni tak tidur lagi hmm? Esok kan kena bangun awal. Flight pukul 7 pagi kan sayang." soal Tan Sri Dato Arman kepada Akarin .

Akarin senyum bak kerang busuk.

"Hehe papa. Akarin berbual dengan mama sekejap dengan mama tadi. Lepas tu , tanya pasal berapa lama Akari belajar kat sana. Mama cakap 4 tahun, betul ke papa?" jawab Akarin dengan jujur dan memandang tepat ke arah Tan Sri Dato Arman untuk mendapatkan jawapan kepastian.

Tan Sri Dato Arman melepaskan keluhan kecil dan mengangguk kepalanya menandakan iya. Betul apa yang isterinya beritahu kepada anaknya itu.

"Betul sayang apa yang mama bagitau itu. Akarin akan sambung belajar dekat sana selama 4 tahun. Soal rumah dan kereta Akarin tak perlu risau sebab papa dah uruskan semua. Nanti sampai sana, Akarin akan nampak sebuah kereta yang diparkir khas apabila keluar dari airport tu pula , akan nampak dua orang lelaki yang tunggu Akarin kat situ." ujar Tan Sri Dato Arman dengan panjang lebar.

Berkerut dahi Akarin apabila mendengar apa yang dicakapkan oleh papanya tadi. Maklumlah papanya ini jutawan Malaysia, New York, Itali dan di beberapa negara lagi. Sebab itu dia tidak kesah pasal duit kerana kalau Akarin membantah cakap papanya. Tan Sri Dato Arman akan tetap buat demi keselamatan keluarganya.

Tiba-tiba bahu Akarin dipegang oleh papanya. Tan Sri Dato Arman ingin memberitahu sesuatu kepada anak kesayangannya. Mata Tan Sri Dato Arman membuat isyarat kepada isterinya untuk meminta jawapan dan kepastian tentang itu. Isterinya mengikut kehendak suaminya dan dia membuat isyarat ikut suka abanglah.

Puan Sri Datin Melissa mahu bangun dari tempat duduknya untuk pergi ke dapur kerana dia ingin membiarkan suaminya bercakap sendiri dengan anak mereka itu. Setelah itu, Puan Sri Datin Melissa melangkah kaki keluar dari bilik anaknya itu dan menghilangkan diri disebalik pintu bilik itu.

Tinggal lah Akarin dengan papanya Tan Sri Dato Arman disitu.

Tan Sri Dato Arman mengeluh panjang sebelum memulakan percakapannya.

"Akarin, papa nak bagitahu yang lepas habis belajar nanti. Papa akan ceritakan sesuatu kepada kamu kerana hal itu sangat penting untuk kamu tahu nanti. È molto importante che tu lo sappia e un giorno accadrà." kata Tan Sri Dato Arman dan terselit juga bahasa Itali dihujung ayatnya dengan nada yang serius.

Assalamualaikum para readers saya, sorry kalau cerita ni tak best bagi korang. Tapi cerita ni dalam fasa editing balik sebab ada rezeki memang nak diterbitkan jadi novel. So, saya sibuk siapkan dua tajuk manuskrip tu dan korang doakan semoga ada rezeki untuk diterbitkan.

Syarat-syarat untuk next chapter :

- Like & share

- Komen

The Darkness Of Mafia | OG  Where stories live. Discover now