PROLOGUE

7 2 0
                                    

Setelah hampir 10 jam di dalam kapal terbang,akhirnya tiba juga ke tanah Malaysia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setelah hampir 10 jam di dalam kapal terbang,akhirnya tiba juga ke tanah Malaysia.Sudah hampir 6 tahun dia menetap di negara orang demi merawat hati yang terluka.Setelah kapal terbang mendarat terus sahaja matanya melilau di sebalik tingkap kapal terbang mencari beberapa sosok yang sangat dia rindui.

"Mama,papa,abang...Adik rindu."gumamnya di dalam hati dengan senyuman kecil.Sudah tidak sabar lagi dia untuk keluar dari kapal terbang namun terlalu ramai orang menyebabkan dia terpaksa menunggu penumpang lain keluar dahulu oleh kerana berlakunya kesesakkan di dalam kapal terbang itu.

Kini gilirannya pula untuk keluar.Keluar sahaja dari kapal terbang,sudah terasa bahang panas.Maklumlah dekat Korea cuaca sejuk dan dingin tidak seperti cuaca di Malaysia.Dia mula menarik bagasi yang bersaiz besar itu keluar dari airport.Namun dia masih lagi tidak ternampak kelibat keluarganya.Tidak mungkinlah mereka sudah terlupa yang dia akan pulang pada hari ini.

"Sayang awak dah pulang."Tanpa Kayra sedar,ada seseorang yang sedang memerhatikannya dari jarak sedikit jauh.Jejaka tersebut sudah lama menanti akan kepulangan wanita yang amat dia cintai.Dia sangat menyesal akan perbuatannya yang lalu sehinggakan wanita itu membawa diri jauh darinya.Namun apakan daya,daripada nyawa Kayra terancam lebih baik dia melakukan sedemikian walaupun dia tahu Kayra akan terluka.

Wajahnya diraup kasar.Bagaimanakah harus dia mendekati Kayra?Bagaimanakah cara untuk dia memujuk kembali hati Kayra?Apakah wanita itu sudah mempunyai suami atau kekasih hati?

Tiba-tiba...

"Mamaaaa!"Kayra menoleh ke arah suara itu.Kelihatan seorang kanak-kanak perempuan sedang berlari riang ke arahnya dan terdapat juga seorang lelaki yang berumur dalam likungan 30an mengikuti kanak-kanak tersebut dari belakang.Lelaki itu menayangkan senyuman sambil kakinya menapak mendekati Kayra.

Kayra dipeluk.

"Mama Alisya rindu mama."Kayra tergelak kecil melihat gelagat anaknya itu.Kayra sedikit menunduk separas kanak-kanak perempuan itu.

"Mama pun rindukan Alisya.So how?Best tak stay kat Malaysia?Papa ada bawak pergi jalan-jalan tak?"

"Best!best sangat..."Lelaki itu tergelak kecil melihat karenah kedua-dua perempuan di hadapannya itu.

"Ok jomlah kita masuk ke dalam kereta.Nanti Alisya ceritalah puas-puas dekat mama Alisya apa yang Alisya buat selama berada di Malaysia ni.Kat sini panaslah sayang."

"Baik papa! Mama jom!"Alisya menarik tangan Kayra dan berjalan menuju kearah kereta yang terparkir elok di seberang sana.

"Baik papa! Mama jom!"Alisya menarik tangan Kayra dan berjalan menuju kearah kereta yang terparkir elok di seberang sana

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 29, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MY BABY MR ARROGANT !Where stories live. Discover now